Saturday, 10 May 2014

Broga Hill "Teringat AYAH"...

Assalamualaikum kawan2 ana,..eh tetibe 'ana' pulak,,hehee

Dah lama sungguh koi (saya) tak update blog ni, sibuk tesis lah kekononnya kan... tapi lagu tu juga tesisnya..T.T...

Yeahh, tajuk blog koi pada kali ini adalah "Broga Hill"..Why? aokme(korang) nak tahu tak penat naik broga. tired, capek, huhu macam macam perasaan ada. Tapi bila sampai atas bukit broga, SubhanaAllah hilang semua penat, cantik sungguh permandangannya. Kalaulah boleh terbang, dah lama terbang sekeliling broga nikmati ciptaanNya. Allahu akbar, tengok kekuasaan Allah. ^__^.

First time, koi daki broga, selalunya koi daki bukit belakang rumah je, tolong mak ayah ke kebun. Itupun balik dah tersemput-semput, bila daki broga baru tahu macam mana perasaan AYAH yang selalu ulang-alik ke kebun semata-mata nak tanam pokok getah, pungut buah pisang di bukit belakang, SubhanaAllah, AYAH sungguh kuat. Patutlah setiap kali tengok ayah balik dari kebun, mulutnya tak bercakap, wajahnya senyum, tanggalkan baju dan seluar basan, pakai towel besar, lilit di pingang, dan duduk di kerusi malas sambil tenung ke luar tingkap. Koi faham perasaan ayah sekarang. Kalau bukit yang baru sekali koi naik sudah mengeluh bagai, inikan pula yang hari-hari ayah daki, mencari sesuap nasi untuk kami. Maafkan kak ngah ayah, jasamu memang kngah tak mampu nak balas, hanya dengan doa kngah untuk Ayah, agar ALLAH membalas jasamu, dan kak ngah berdoa setiap hari agar AYAH dan EMAK akan ke syurga Nya. Aamiin.

Okai cakap pasal bukit lagi. Ada satu kisah ini, kisah benar ok..hehe,, pada musim buah dulu, koi tak ingat tahun bila, tapi yang koi ingat, masa tu Alhamdulillah buah durian banyak sangat, berbakul-bakul kalau pungut, fuhhh tak termakan kami sekeluarga. Pokok-pokok durian tu pulak tumbuh dekat lereng bukit, aokme faham tak macam mana situasinya..hehe mesti faham kan, aokme semuakan cerdik-cerdik belaka. Nak kutip durian dekat lereng bukit bukan senang, memang kena guna kudrat tenaga yang kuat. Tapi ayah koi tak bercakap sikit pun betapa penatnya dia kutip durian kat lereng bukit, sampai satu masa, ayah koi ada hal kat kebun lain, dia suruh adik lelaki koi pergi kutip durian masa tu. Adik koi cakap "macam nak mati rasanya bawa durian ni" . Adik lelaki koi tu yang cakap macam tu, pemain ragbi pun cakap macam tu..Allahu Akbar, bayangkan selama ni ayah koi hari-hari angkat durian yang rasa macam nak mati bawanya..huhuuuu.. Ayah kenapa eak kngah rindu sangat AYAH. Walaupun hari ni hari Ibu, kak ngah lebih rindukan AYAH harini. Kngah jarang bercakap dengan ayah, bukan sebab kngah tak sayang, tapi kak ngah sayang sangat-sangat, kata-kata sayang kngah, kngah sampaikan pada emak, supaya emak sampaikan pada ayah..fuhh cerita sedih lah pulak..hehee..maaf kalian terbawa-bawa emosinya..^__^.

Eheh dah lari topik ni, hehee, oklah kengkawan, kalau lah diberi peluang lagi kita naik broga sama2 lagi ye, biarlah penat asalkan bahagia, Betul tak AYAH?..hehee..

                                            kenangan dari broga hill dari kengkawan semua...^^

P/s: sekadar renungan bersama, sayangilah kedua ibu bapa kita, walaupun tiada perkataan SAYANG keluar dari mulutnya, bukan kerana mereka benci tetapi kerana mereka terlalu menyayangi kita...LOVE U MOM N DAD..<3<3<3..

Wednesday, 2 April 2014

Aku anti lelaki??? Adakah aku lesbian???

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti...salam-salam hai saudara ku~~~.

My Topic Today is Aku anti lelaki??? Jadi adakah aku lesbian???..



''Eh topic apa ni, macam apa entah''... = =''

ni entri tuk orang dewasa je okaiii..^^

Yup and absolutely correct, memang aku anti lelaki, tetapi aku bukan lesbian.

"dah anti lelaki, cakap pula bukan lesbian , bukan sama ke kalau anti lelaki maknanya suka perempuan"

Eh tak sama okai, why aku anti lelaki? why? everything has a reason rite?, so confem-confem lah ada sebabnya, aku anti lelaki yang tak gaya lelaki. Bukan lembut yang dibuat-buat, bukan kerana rupanya yang kurang menawan (dari pandangan akulah), bukan kerana saiznya, TETAPI kerana sikapnya dan sifatnya.

Wahai lelaki di luar sana, kalau lah kamu tahu bukan semua perempuan itu senang-senang atau mudah jatuh cinta akan kata-katamu, rupa parasmu, kesasaan tubuhmu dan apa-apalah, mungkin kamu akan lebih menghargai dan memuliakan setiap perempuan. Allah.

Aku hairan kenapa kaum adam suka permainkan kaum hawa. SUKA-SUKA? atau NAK TEST?.

Eh pleaselah bro, nak test apa? nak test perempuan itu gediks ke tak or nak test kekuatan dan kesabaran perempuan itu tinggi ke tak. NO bro!! (ambik 2 chopstik ni) aku bukan macam tu, bukan untuk dijadikan tempat diuji (test), bukan tempat untuk diajak berbual kosong yg hilang punca perbualannya.

Ya that's why, orang gelar aku anti lelaki, aku tak ingin pandang muka lelaki ketika berjalan, aku tak suka lelaki yang tegur aku semata-mata nak meng'ayat'. Tangan dan tubuh aku jadi ketar. Ya aku risau kalau ada lelaki mendekati aku untuk perkara yang sia-sia.. Allah maafkanlah hambaMu ni, aku hina ya Allah.

Dalam ke'anti'an aku terhadap lelaki bukan bermaksud aku benci lelaki, bukan aku melawan fitrahnya, tetapi aku menjaga apa yang diberikan oleh Allah kepadaku. Aku mencari yang terbaik dan soleh buat diriku dan bakal anak-anakku nanti. 

Kesombongan aku terhadap lelaki adalah untuk menjaga maruah dan sahsiah diriku sebagai seorang perempuan. Sifat lemah-lembut, pemalu..hmmm *tengok ceiling 'yeke'..

Wahai lelaki, jangan kamu asyik menyalahkan perempuan untuk setiap perkara yang berlaku melibatkan kamu, tetapi sebaliknya renungilah bersama-sama apa yang kamu tanggungjawab kepada seorang perempuan. Kerana kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita (surah An-Nisa:34). 

Kedudukan lelaki dan perempuan itu sama sahaja disisi Allah SWT...Seperti mana Allah SWT telah menjelaskan dalam surah Al-Ahzab, ayat35:

      "Sesungguhnya, lelaki islam serta perempuan islam dan lelaki beriman serta perempuan beriman, dan lelaki yang taat serta perempuan yang taat, dan lelaki yang benar untuk perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar serta perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah diri kpd Allah serta perempuan yang merendah diri kpd Allah, dan lelaki yg bersedekah serta perempuan yg bersedekah, dan lelaki yang berpuasa serta perempuan yang berpuasa, dan lelaki yg memelihara kehormatan serta perempuan yg memelihara kehormatan, dan lelaki yang menyebut nama Allah byk-byk serta perempuan yang menyebut      nama Allah byk-byk, Allah sudah menyediakan untuk mereka semua keampunan dan pahala yang besar."

Wahai kawan-kawan baik lelaki atau perempuan, jangan pandang remeh hal ni, sama-sama kita perbaiki diri.Andai belum berubah masih belum  "TERLAMBAT", Nabi SAW tak pernah ajak kita terlambat, andai esok nak kiamat, ada benih dalam tangan, tanam dulu benih tu, kiamat mai jelah. Maksudnya berubahlah selagi kita hidup di dunia ni.


#P/s: minta maaf ada salah silap, bertutur kata pada orang tua (hampa semua). Sekadar perkongsian dari hati untuk manfaat bersama.. ^_^ ..Jangan Marah, senyum sokmo..


Sunday, 16 March 2014

Lukisan gambaran jiwa pelukis..

Assalamualaikum w.b.t kawan2.

Hai dah lama tak update post. Alhamdulillah harini ada sedikit masa diberikan oleh Allah untuk saya menulis sikit kat blog saya ni.

Boleh tanya sikit tak kawan2, ada siapa-siapa yang tak suka melukis? sila angkat kaki, hehe, rasanya semua suka melukis kan. Nak tahu kenapa saya cakap semua suka melukis sebab, setiap hari semua orang menulis, dan menulis itu merupakan satu lukisan, betul tak?, Mestilah betul, saya yakin setiap orang mempunyai tulisan yang berbagai pesen (jenis tulisan) jadi ia merupakan satu lukisan yang berbentuk huruf..:).

Saya adalah seorang girl yang suka sangat melukis tapi suka saya semakin hari semakin pudar sebab saya budak maths yang tiap2 hari kena tulis nombor, sampaikan tulisan saya pun tak keharuan, maksudnya tak ada bentuk tulisan huruf, semua dah macam nombor. -__-

Tapi harini, hati saya rasa semacam je. Mungkin otak banyak berfikir, fikir kan dunia yang tak akan habis2 memang sia-sia, fikirkan akhirat yang kekal menyebabkan hati rasa takut dan resah bukan kerana takut akan mati, tetapi takut adakah amalan yang aku lakukan sepanjang hidup aku pasti diterima Allah? Adakah aku akan ke nerakaNya? Allahu... Hati ini sedih hanya Allah yang tahu. semakin hari semakin dekat dengan kematian. Semoga kehidupan kita diberkati dan dirahmati Allah, sama-sama kita doakan.

Mengimbau kisah kanak-kanak ribena dulu, saya sangat suka buat satu lakaran yang tak ada maksud apa2 pun. tapi bagi saya ia hanya luahan hati sy sahaja, oleh kerana hari ni Allah bagi masa kat saya untuk melakar sy pun lakarlah puas2 heheee, saja je nak tunjuk kat hampa semua, jangan jeles naaa.





Alhamdulillah itu je buat masa ni, Syukran Ya Allah, saya sangat bersyukur Allah bagi saya bakat untuk saya melakar apa yang terbaik dalam hidup saya.

P/s: Apa-apa pun yang berlaku dalam hidup kita, jangan mudah melatah, ambil wuduk, dirikan solat, kalau tak mampu, ambil pen lakarlah yang baik agar jiwamu tidak memikir yang buruk2 terhadap Allah, kerana BILA ALLAH MENDUGA KITA, BERMAKNA ALLAH SAYANG KITA..so SENYUM SOKMO..i like Mato..^___^

Tuesday, 4 March 2014

Kisah Seorang Loser..

‪#‎ukmconfessions‬ - 14260

"KISAH SEORANG LOSER

Aku dulu masa kat sekolah menengah, dari PMR sampai SPM memang straight As. Lagi-lagi duduk SBP, SBP elit pulak tu. Masa SPM aku dapat 9As, sumpah bangga nak mampus masa tu. Seolah-olah the world is mine. But, my thought was wrong. Totally wrong.

Aku terlupa hidup umpama roda, kadang-kadang kat atas, kadang-kadang kat bawah. Lepas dapat result SPM, terus apply Program Ijazah Luar Negara (PILN). Kemain rambang mata nak pilih course ke luar negara ni. UK, US, Germany, France etc. Jilaka banyak, mana satu aku nak pilih pun aku tak tau. Mulalah masa tu dah berangan musim salju ala-ala Winter Sonata ka luar negara. Dalam kepala otak dah plan nak amek gambo raya hantar kat Salam Perantauan kat Berita Harian. Sumpah hambar.

Maka masa tu mak aku mendorong aku untuk memilih MBBS atau bahasa mudahnya adalah Medic. Aku tak minat amek MBBS ni sebab terus terang aku cakap, aku tak suka 'life' sedemikian rupa. Aku pun mendalih cakap Medic ni susah la, itu la ini la. Langsung, mak aku bantai balik, ""Kau tau tak kalau kau jadi doktor nanti senang dapat keje & gaji lumayan. Mak nak masa depan kau cerah, kalau course lain macam malap masa depan kau nanti"". Aku terkedu. Okay mak, syurga di bawah tapak kaki mu. Tapi aku cakap aku nak amek Dentistry. Sebab gigi je. Senang sikit kot. Mak aih.

Maka aku lulus segala bagai ujian JPA dan seterusnya interview JPA kat PICC pulak. Dipendekkan cerita, aku fail ujian interview JPA. Celaka, rasa down menyembah bumi. Mak aku macam dah putus harapan untuk menyahut seruan kerajaan ""Satu Keluarga Satu Doktor"". 

Pusing sana, pusing sini, aku masuk PASUM dan JPA sponsor aku. Dengan harapan masuk PASUM boleh la further belajar MBBS kat IPTA. Kononnya lah. Masa kat PASUM aku tak kisah sangat nak study, aku enjoy aje. Aku kerap dating dengan ex cap Gillete aku, belanja member tengok wayang selambe je, bla bla bla. Sampai satu tahap, exam dua-dua sem aku kantoi. CGPA aku bawah 3.00. Sudah. Tamat lah riwayat hidup aku. Dah la tak dapat nak poyo-poyo hantar gambar kat Salam Perantauan Berita Harian, nak mereliasasikan idaman kerajaan ""Satu Keluarga Satu Doktor"" pun tak kesampaian.

Mak aku tau result aku teruk, so faham-faham je lah. Down gila dengan result PASUM aku. So masa UPU, aku main apply je. Kot mana yang kena dengan pointer aku ni jadilah, asalkan dapat ijazah. Tunggu dan tunggu, result UPU pun keluar. Aku tengok result...dan nama program ijazah yang ditawarkan takde satu pun yang aku apply dulu. Kejadah? Aku dapat course Sains Bahan UKM. Rasa macam ironi pulak. Adakah kerana aku suka membahan kawan-kawan dan secara tidak langsung aku kena mengikuti program ijazah Sains Bahan? Aku menangis kekecewaan sambil ketawa hambar. 

Biasalah, sedara-mara, kawan-kawan, pakcik-makcik, atuk-nenek, semua tanya aku dapat course apa. Aku just selamba je cakap Sains Bahan UKM. Krik krik krik, begitulah respon mereka terhadap jawapan aku. Tambahan, disusuli dengan komen-komen yang buat aku rasa down menyembah sambil guling-guling atas Gurun Sahara. ""Kerja susah nanti tu"", ""Kau kena lelong ke ni?"", ""Macam malap je masa depan kau nanti"" etc.

Maka, dipendekkan cerita, walaupun at first aku tak dapat terima course yang aku dapat ni, lama kelamaan, aku dapat tau ke mana pergi haluan course aku ni. Makin lama makin aku sedar akan hikmah Allah di sebalik segala kesusahan yang terima. Allah tahu, aku ni jenis baca buku ilmiah 24/7, maka Allah kurniakan aku course yang sesuai dengan aku yang melibatkan banyak kerja amali instead of 'makan buku'. Allah tahu, masa aku dapat result SPM aku riak nak mampos, maka Allah berikan aku kesusahan agar aku tau riak itu hanya milik Allah sahaja. Allah tahu aku dari kecik sampai ke sekolah menengah exam result power aje, maka Allah berikan aku 'zaman kejatuhan' agar aku lebih kuat di masa hadapan. Sesungguhnya Allah itu arkitek, designer, engineer etc. you name it, yang Maha Kuasa. Percayalah cakap aku, kadang-kadang kalau rasa perit sikit hidup tu, janganlah mengeluh. Allah sedang uji kau.

Dulu aku belajar kat UKM mana ada transport, aku guna bas zon 2 je nak gi FST. Kadang-kadang aku tumpang member. Kadang-kadang aku struggle jalan kaki dari Kolej Paling Dibenci sampai ke FST. Bila aku takde duit, aku buat kerja macam-macam. Kadang-kadang aku puasa terus kalau takde duit. Macam-macam lagi kesusahan aku hadap masa kat UKM. Tapi aku tau, survival skill aku makin meningkat bila benda-benda susah ni aku dah hadap. Alhamdulillah, aku bergelar jurutera di salah sebuah syarikat di ibu negara.

Aku confess kat sini bukan nak poyo dengan jawatan aku sekarang, cuma aku nak berkongsi kemanisan hikmah Allah. Result exam kau jahanam, motor kau mati tengah jalan before nak gi exam, awek kau kantoi curang dengan roommate sendiri, air takde kat UKM etc; percayalah wahai rakan-rakan sekalian. Allah itu Maha Perancang, Dia tahu apa yang baik untuk kau dan apa yang tidak baik untuk kau. Ingat, kalau JPPel approve paperwork program kau, tak tentu lagi Allah approve 100% kertas kerja kau tu. 

Sekian,
Hamba Allah."

Saturday, 1 March 2014

Hanya Luahan semata-mata..

Assalamualaikum w.b.t kawan-kawan ana, koi, saya , kaih, dan kome sekalian.

heemmmm agak lama saya tak usik blog ni, pelajar tahun 3 pelajar akhir di UK malaysia, agak sibuk sikit lah keadaannya. Tesis yang terangkak-rangkak lagi ni baru nak tulis..huhu

Apa-apa pun Alhamdulillah saya ucapkan kepada Allah yang maha kuasa, maha penyayang, dan semua maha lah sebab saya mampu hadapinya walau banyak rintangan dan ujian dariNya. Kalau saya sebut nama Allah, satu perasaan yang sangat pelik muncul secara tibe-tiba dalam hati saya. Bagaikan satu perasaan yang sangat indah, rasa sayu sangat, air mata bagaikan nak mengalir.

" Ya Allah, banyaknya dosa hamba Mu ini yang Allah, tak terhitung dosaku pada Mu. Aku hamba yang tersangat-sangat HINA di sisi Mu Ya Allah."

Sering kali mengulang kata-kata ini di dalam hati. Tanpa sedar air mata saya mengalir tiba-tiba. Mungkin roomate pelik tengok akak senior ni asyik nangis je.hehe.,Allahu. Saya sebenarnya hanya nak cakap saya sayang Allah dan saya sayang Nabi. Saya tak tahu nak cakap macam mana kat kawan-kawan saya yang kita ni mesti sayang Allah dan Nabi. Saya kecewa melihat kawan-kawan saya yang hidupnya sebagai seorang muslim tetapi caranya bukan sebagai seorang muslim. Allahu. Walaupun still lagi mengesot-ngesot mencari agama, ilmu, tapi saya nak sangat kawan-kawan saya sama2 dalami islam.

Insya Allah, Allah tahu yang terbaik buat mereka, saya hanya mampu berdoa.

p/s: senyum sokmo.^___^

Wednesday, 19 February 2014

Islam itu Indah, Pleaselah Jangan Cemarkan...

Dlm fb, org yg tk sepatut dipanggil ' USTAZ ' dipanggil ' USTAZ '

Tak susah akhir zaman, pakai serban, pakai jubah berkilat, buh ridak sikit, upload gambar dlm fb 

lantas dipanggil ' USTAZ '

' USTAZAH ' pun sama la.

Sungguhlah, minta jauh sungguh drpd jd gini, yg lebih menggelikan bila buh gitu ade org komen ' 

Hensemnya Ustaz ', ' Cantiknya Ustazah '

Nk termuntah ana baca satu komen dkt satu gambar di fb yg digemari kebanyakkan perempuan di fb 

[ tk pyh la sebut siapa ], lebih kurang bunyi ' Meltingnya tengok dy '

Allah, fitnah ape ni, pakai serban, jubah molek dh tp cari populariti dgn salah satu cara buh gmbr dlm 

fb sekalipun kamu rojul.

Sungguh celaka org yg gunakan agama nk pikat perempuan ataupun nk bg lelaki jatuh hati, dan lebih 

celaka akan sbg celaka yg keji [ maf'ul mutlak dan takhsis dgn sifat ] guna agama nk cari harta dunia seperti meletak harga bila nk guna khidmat dy.

Akhir zaman sungguh murah gelaran ' USTAZ ' - ' USTAZAH '

Org ngaji agama berpuluh tahun pun tk ngaku USTAZ, kita ' ngaji agama ' dlm fb, ngaji di masjid surau sehari sekali boleh mengaku dgn panggilan tersebut ?

Bahana akhir zaman.

Kita duk pondok kelik kampung tk ngaku USTAZ, tuk jahil ade la.

Klu panggil USTAZ, dy itu sungguh ngaji boleh kira, ni suruh baca kitab pun tk tahu tmpt stesen berhenti.

Islam bg kita puji org tp nk puji org bg kena cara, jgn puji benda yg tkde dkt dy, nnti mudhorat.

' USTAZAH ' pun sama la.

Sumber:  Talaqqi Pondok Original..

Saturday, 15 February 2014

Kisah Tauladan untuk Anak Anak

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook.

Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

"Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak...

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.

Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini.

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.

Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.

Monday, 27 January 2014

Delima malas solat


Kenapalah aku belum terfikir
Nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki melimpah,
Nak dirikan solat,
Kawan baik syaitan suruh lengah-lengahkan,
ALLAH tarik nikmat,
Menangis airmata darah, barulah padah.

Kenapalah aku malas solat,
ALLAH bagi aku jasad,
Siap dengan bayang-bayang,
Bukankah lebih baik daripada tiang,
berdiri tanpa roh,
malam dan siang.

Kenapalah aku malas solat,
Kerja dah bagus, keluarga dah senang,
Negara aman damai,
Tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh
Nak luang.

Kenapalah aku malas solat,
ALLAH bagi otak supaya boleh fikir,
ALLAH bagi ilmu supaya boleh senang,
ALLAH bagi nikmat,
Kenapalah aku tak kenang

Kenapalah aku malas solat,
Tonton tv, main bola aku sanggup
Sampai ke malam,
Beli tiket konsert,
Aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk SYURGA masuk NERAKA,
Boleh main hutang-hutang.

Kenapalah aku malas solat,
Seksa NERAKA tak boleh nak bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji ALLAH tetap akan tertunai,
Tak ada sesiapa pun boleh halang.



Ilham dari buku sekolah adikku...senyum sokmo ^__^...

Kalau sayalah jadi pemimpin...


Kalau sayalah jadi Tuan Menteri,
Saya tak tahu mana nak lari,
Sebab saya tahu Allah tanggungjawabkan saya dengan apa yang saya pimpin.

Dan apa harta rakyat yang saya diamanahkan,
Dan kebajikan rakyat yang perlu saya pertahankan,
Dan kezaliman serta penindasan yang perlu saya hapuskan,
Dan islam yang benar dan sahih yang perlu saya tegakkan,
Tuan menteri rasa tuan mahu lari ke mana?

Kalau sayalah jadi Tuan Ketua,
Boleh beruban saya hari ke hari,
Memikirkan sudah terbaikkah khidmat saya kepada rakyat.
Sudahkah rakyat terbela?
Sudahkah yang miskin diberi makan?
Yang muda diberi pendidikan,
Yang kaya dibersihkan hatinya,
Yang tua diberi cinta,
Dan yang kecil pula sentiasa dibina.

Kalau sayalah jadi Tuan Keluarga,
Saya tak tahu jawatan dan harta saya mahu ke mana.
Sebab saya mati nanti, anak-anak dan waris yang takutnya berebutan.
Kerana saya tahu bukan itu patutnya saya wariskan.
Dan saya juga risau melihat kiri kanan jalan mereka,
Tak berumah, tak berdapur, tak belajar,
Tak punya hidup seperti saya.
Adakah saya sudah buat apa yang patut saya buat?

Sebab itu saya bukan kamu Tuan Menteri, Tuan Ketua, Tuan Keluarga.
Saya tak mampu berbuat macam kamu.
Tuan-tuan memang hebat.
Kerana diberi kepercayaan untuk memimpin negara dan rakyat.
Yang mana sepatutnya tuan-tuan,
Memang amanah, memang kuat, memang mantap.
Tetapi adakah Tuan-tuan sudah membela rakyat?
Tiada lagikah rakyat miskin ditindas?
Tiada lagikah jerung-jerung dan buaya menyiksa mereka tak berdaya?
Tiada lagikah tanah peribumi dijual dan  digadai?
Tiada lagikah anak-anak muda berseronok terbiar?
Adakah Islam, Tuan-tuan jadikan sebagai dasar?

Syurga untuk tuan-tuan...
Syurga untuk tuan-tuan...

Kalaulah syurga itu yang tuan mahukan...




Ilham dari buku sekolah lamaku...senyum sokmo..^__^..

PEREMPUAN SOLEHAH, HIASAN DUNIA...BIDADARI SYURGA

       

Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh ALLAH,
tidak sedikit pun ALLAH membenarkan lelaki menyentuhnya,
kerana ALLAH amat mencintainya...

Tetapi, andai bergelumang dengan CINTA lelaki,
di mana ALLAH untuk menjaga kita,
ALLAH seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih
banyak mengecewakan kita...

jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan
CINTA seorang lelaki,
bermakna ALLAH mahu mengambil kita kembali untuk dijagaNya...

Mengapa masih ragu-ragu,
Kekuatan usah ditunggu,
tapi harus dicari..
Hargailah atas kesempatan yang ALLAH berikan...

‘Selamatkanlah dirimu daripada CINTA pembawa bencana,
Aku tidak memilihnya selagi akal masih di kepala,
mengharap ketenangan hidup...
kerana;
permulaan CINTA adalah ketenangan,
pertengahannya derita,
dan kesudahannya jiwa melayang.

Dipetik daripada ‘SYAIR IBNU FARID’
[cinta terlarang]




Ilham dari buku sekolahku..senyum sokmo.^__^..


HUBUNGAN CINTA ANTARA ALLAH DAN HAMBANYA


Bismilallahirrahmanirrahim... 

Assalamualaikum wbt...

          Topik pada kali ini saya ingin menyentuh tentang “Cinta”. Hampir setiap hari saya mendengar tentang cinta. Ya, betul cinta itu fitrah manusia, tiada siapa dapat menghalangnya. Tetapi  apakah kita rasa kita sudah cukup menguasai rasa Cinta yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. SubhanaAllah, rasa cinta Allah  SWT dan Nabi Muhammad SAW terhadap kita, tak dapat kita ucapkan dan tak dapat kita gambarkan. Cintanya Allah terhadap hambaNya tidak terkata, Nabi Muhammad mencintai kita seperti seorang bapa kepada kita. Tapi adakah kita mencintai Allah dan Nabi sepertimana Allah dan Nabi mencintai kita? Belum tentukan, tetapi kecintaan seseorang hamba itu hanya Allah yang tahu. Jadi di sini saya ingin mengajak sahabat-sahabat saya menghayati  “hubungan cinta antara Allah dan hambanya”.
             
           Allah mencintai para kekasihNya dan bagi hamba pula wajib mencintai  Allah kerana kesempurnaan keagungan dan keindahan asma’-asma’ Allah dan sifat-sifatNya serta perbuatan-perbuatanNya.

Cinta adalah asas kehidupan dan makanan asas bagi jiwa :

  •       Dengan  cinta , maka seekor unta akan berlaku lemah-lembut terhadap orang-orang di sekelilingnya.
  •      Dengan cinta, maka seorang anak kecil boleh menyusu kepada ibunya.
  •          Dengan cinta, maka seekor keldai boleh membuat kandangnya
  •    Dengan cinta, maka wajah-wajah yang muram akan berseri kembali, mulut yang mencemet akan tersenyum, mata yang garang akan menjadi lembut, kesusahan akan menjadi kegembiraan.
  •      Dengan cinta, maka masyarakat mudah untuk  dipersatukan dan didamaikan. Cinta adalah hakim bagi kehidupan dunia.
  •          Dengan cinta, maka tengkorak-tengkorak para mujahid akan berjatuhan di atas bumi.
  •     Dengan cinta, maka mereka redha untuk mengakhiri hidupnya di hujung pedang orang-orang kafir.
  •       Dengan cinta, maka seseorang redha untuk bangun pada sepertiga malam yang terakhir demi beribadah kepada Tuhannya.
  •       Dengan cinta, maka para dermawan redha untuk menyedekahkan harta mereka demi perjuangan di jalan Allah.

              Dengan cinta, maka ketika Haram bin Malhan terbunuh di medan perang, dia berteriak: “Demi Tuhannya Ka’bah saya telah beruntung.”

              Dengan cinta, Umair bin Hamam berdo’a ingin segera masuk ke dalam syurga, dengan berkata: “Sesungguhnya hidup ini terasa panjang apabila saya masih hidup sampai aku memakan kurma-kurma ini.”

              Dengan cinta, pula Abdullah bin Umar Al-Anshari berteriak: “Ya Allah, ambillah darahku ini pada hari ini sehingga Engkau redha kepadaku.”

              Ketika Allah mencintai  Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam, api menjadi dingin dan menyelamatkannya.

              Ketika Allah mencintai Nabi Musa ‘Alaihissalam, maka air laut terbelah.

               Ketika Allah mencintai Rasul terakhirnya, maka Allah menjadikan sebatang pokok kurma mengangis kerana rindu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, dan Allah menjadikan bulan terbelah di tangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

              Sesungguhnya orang yang mencintai Allah, maka dia akan menganggap bahawa seksa Allah terasa tawar dan mati syahid di jalan Allah adalah matlamatnya.
Seorang penyair berkata: 

Saya mencintaimu, dan janganlah engkau bertanya kenapa?
Kerana aku mencintaimu secara murni fikiran dan hatiku.

           Ketika cinta telah berakhir, maka segala-galanya akan nampak buruk sehingga segala prasangka buruk dan keragu-raguan serta muka yang masam akan kelihatan pada muka setiap orang.

          Ketika cinta telah berakhir, maka seorang murid tidak akan mampu memahami perkataan gurunya yang menggunakan bahasa Arab yang fasih, dan seorang wanita tidak akan taat kepada suaminya walaupun suaminya hanya meminta secawan air. Apabila cinta telah berakhir, maka seorang ayah tidak akan menyayangi anaknya. Apabila cinta telah berakhir,maka lebah akan meninggalkan bunga, burung akan meninggalkan taman-taman dan burung merpati akan meninggalkan padang.

          Ketika cinta telah berakhir, maka perang akan berkobar, benteng-benteng pertahanan akan dirempuh, nyawa dan harta akan melayang. Pada hari berakhirnya cinta,dunia akan menjadi tempat yang tandus, dalil-dalil kebenaran akan menjadi dongeng belaka dan kata-kata pepatah akan kehilangan maknanya. Tiada kehidupan kecuali dengan adanya cinta, dan tiada keabadian kecuali dengan adanya cinta. Apabila engkau jatuh cinta, maka engkau:

Ø  Akan dapat mencium wanginya bunga.
Ø  Merasa halusnya sutera.
Ø  Merasakan manisnya madu.
Ø  Mendapatkan ni’mat kesihatan.
Ø  Mendapatkan kemuliaan ilmu yang bermanfaat.
Ø  Akan mengetahui rahsia-rahsia banyak perkara.

Namun apabila engkau telah benci, maka:

Ø  Segala perkataan yang diucapkan oleh orang kepadamu akan terasa bagaikan pisau yang menyayat hati.
Ø  Segala tindakan orang akan kamu curigai.
Ø  Segala kebaikan orang lain akan kamu anggap sebagai keburukan.

         Bacalah contoh-contoh yang nyata dari rasa cinta para sahabat pada Tuhan mereka Yang Maha Suci dan Maha Tinggi dan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sehingga mereka menjadikan mati syahid fisabilillah adalah merupakan harapan mereka yang paling tinggi dan cita-cita mereka yang selalu mereka dambakan.

        Lihatlah cerita mengenai seorang sahabat yang kerap membaca surah Al-Ikhlas pada setiap raka’at kerana rasa cintanya kepada surah tersebut yang di dalamnya mengenai penjelasan tentang sifat Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kerana rasa cinta tersebut, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Khabarkanlah kepadanya (sahabat yang sering membaca surah  Al-Ikhlas tadi) bahawa Allah mencintainya)”. Hadis shahih, telah dijelaskan.

Allah Ta’ala mencintai para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana dalam firmanNya:

“Jika kalian benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”  (Ali-‘Imran: 31)

        Sesiapa yang mencintai Allah dan RasulNya serta mencintai para sahabat Rasulullah Saw, maka dia hendaklah selalu melaksanakan dan mengikuti apa-apa yang dikerjakan oleh mereka. Marilah kita renungi firman Allah SWT ini:

“...Allah mencintai mereka dan mereka juga mencintai Allah...” (Al-Ma’idah: 54)

        Tidaklah menghairankan dalam perkataan “mereka mencintai Allah” kerana Allah telah berbuat baik kepada mereka. Dan orang yang berbuat baik kepada diri kita, maka akan membuat kita mencintainya.  Akan tetapi apa yang menghairankan adalah perkataan “Allah mencintai kamu.” Bukankah Allah yang menciptakan dan memberikan rezeki serta memberikan petunjuk dan memudahkan mereka untuk mengerjakan amal shalih? Tetapi kenapa setelah mereka taat, maka Allah harus mencintai mereka?! Betapa besarnya anugerah Allah kepada hambaNya dan betapa baiknya Allah kepada mereka. Ya Allah, jadikanlah kami termasuk di antara orang-orang yang Engkau cintai dan mereka mencintaiMu.

Di antara cara-cara yang dapat membuat seseorang mencintai Allah, iaitu:
ü  Sentiasa berzikir kepadaNya dalam setiap masa dan setiap tempat.
ü  Sentiasa membaca Al-Qur’an dan merenungi isinya.
ü  Sering berkumpul dengan orang-orang shalih.
ü  Memperbanyakkan do’a.
ü  Memperbanyakkan tawakkal.
ü  Mencintai Rasulullah Saw.
ü  Mempelajari sunnah Rasulullah Saw.
ü  Mengamalkan sunnah Rasulullah Saw.
ü  Berdakwah
ü  Melakukan amar ma’ruf nahi munkar.
ü  Berjihad fisabilillah.
ü  Redha terhadap taqdirNya dan hukumNya.
ü  Mendahulukan rasa cinta kepada Allah melebihi rasa cintanya kepada diri sendiri, keluarga, kekasih, anak, harta dan tempat tinggal.

Cara-cara lain menumbuhkan rasa cintanya kepada Allah, iaitu:
v  Rajin melakukan solat.
v  Rajin bersedekah.
v  Rajin berpuasa.
v  Mensyukuri ni’matNya.
v  Bersabar atas segala musibah yang menimpa.
v  Berprasangka baik kepada Allah.
v  Melaksanakan haji.
v  Mencintai para kekasih Allah dan membenci para musuh Allah.
v  Rindu kepada syurgaNya.
v  Rindu untuk berjumpa Allah.
v  Takut kepada nerakaNya.
v  Menghindari dari azabNya.

Allah SWT berfirman:

“Maka segeralah kembali kepada(mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu.” (Adz-Dzariyat: 50)

SubhanaAllah lihatlah betapa cintanya Allah  terhadap hamba-hamba yang mencintaiNya, Allahu Akbar, tak mahukah kita merebut peluang ini. Sama-samalah kita melangkah mendekati Allah, in sha Allah ganjaran dariNya tidak terkira.^_^

Alhamdulillah, ini saja yang dapat saya sampaikan. Sama-samalah kita mencari dan menambahkan ilmu yang masih lagi kurang dalam diri kita. Segala kesilapan dan kekurangan adalah kelemahan saya, oleh itu jika terdapat sebarang kesilapan harap mohon maaf. Teguran membina amatlah dialu-alukan untuk membetulkan kesilapan pada topik akan datang, In sha Allah.

p/s: Jaga diri, jaga iman, jaga hati, dan jaga akhlak, semoga Allah SWT sentiasa bersama. Senyum Sokmo.^__^.


Sumber dan rujukan: Al-Hidayah “Keagungan ALLAH” oleh Dr. ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan & AKHLAK hiasan jiwa & peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti.