Monday, 27 January 2014

Delima malas solat


Kenapalah aku belum terfikir
Nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki melimpah,
Nak dirikan solat,
Kawan baik syaitan suruh lengah-lengahkan,
ALLAH tarik nikmat,
Menangis airmata darah, barulah padah.

Kenapalah aku malas solat,
ALLAH bagi aku jasad,
Siap dengan bayang-bayang,
Bukankah lebih baik daripada tiang,
berdiri tanpa roh,
malam dan siang.

Kenapalah aku malas solat,
Kerja dah bagus, keluarga dah senang,
Negara aman damai,
Tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh
Nak luang.

Kenapalah aku malas solat,
ALLAH bagi otak supaya boleh fikir,
ALLAH bagi ilmu supaya boleh senang,
ALLAH bagi nikmat,
Kenapalah aku tak kenang

Kenapalah aku malas solat,
Tonton tv, main bola aku sanggup
Sampai ke malam,
Beli tiket konsert,
Aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk SYURGA masuk NERAKA,
Boleh main hutang-hutang.

Kenapalah aku malas solat,
Seksa NERAKA tak boleh nak bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji ALLAH tetap akan tertunai,
Tak ada sesiapa pun boleh halang.



Ilham dari buku sekolah adikku...senyum sokmo ^__^...

Kalau sayalah jadi pemimpin...


Kalau sayalah jadi Tuan Menteri,
Saya tak tahu mana nak lari,
Sebab saya tahu Allah tanggungjawabkan saya dengan apa yang saya pimpin.

Dan apa harta rakyat yang saya diamanahkan,
Dan kebajikan rakyat yang perlu saya pertahankan,
Dan kezaliman serta penindasan yang perlu saya hapuskan,
Dan islam yang benar dan sahih yang perlu saya tegakkan,
Tuan menteri rasa tuan mahu lari ke mana?

Kalau sayalah jadi Tuan Ketua,
Boleh beruban saya hari ke hari,
Memikirkan sudah terbaikkah khidmat saya kepada rakyat.
Sudahkah rakyat terbela?
Sudahkah yang miskin diberi makan?
Yang muda diberi pendidikan,
Yang kaya dibersihkan hatinya,
Yang tua diberi cinta,
Dan yang kecil pula sentiasa dibina.

Kalau sayalah jadi Tuan Keluarga,
Saya tak tahu jawatan dan harta saya mahu ke mana.
Sebab saya mati nanti, anak-anak dan waris yang takutnya berebutan.
Kerana saya tahu bukan itu patutnya saya wariskan.
Dan saya juga risau melihat kiri kanan jalan mereka,
Tak berumah, tak berdapur, tak belajar,
Tak punya hidup seperti saya.
Adakah saya sudah buat apa yang patut saya buat?

Sebab itu saya bukan kamu Tuan Menteri, Tuan Ketua, Tuan Keluarga.
Saya tak mampu berbuat macam kamu.
Tuan-tuan memang hebat.
Kerana diberi kepercayaan untuk memimpin negara dan rakyat.
Yang mana sepatutnya tuan-tuan,
Memang amanah, memang kuat, memang mantap.
Tetapi adakah Tuan-tuan sudah membela rakyat?
Tiada lagikah rakyat miskin ditindas?
Tiada lagikah jerung-jerung dan buaya menyiksa mereka tak berdaya?
Tiada lagikah tanah peribumi dijual dan  digadai?
Tiada lagikah anak-anak muda berseronok terbiar?
Adakah Islam, Tuan-tuan jadikan sebagai dasar?

Syurga untuk tuan-tuan...
Syurga untuk tuan-tuan...

Kalaulah syurga itu yang tuan mahukan...




Ilham dari buku sekolah lamaku...senyum sokmo..^__^..

PEREMPUAN SOLEHAH, HIASAN DUNIA...BIDADARI SYURGA

       

Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh ALLAH,
tidak sedikit pun ALLAH membenarkan lelaki menyentuhnya,
kerana ALLAH amat mencintainya...

Tetapi, andai bergelumang dengan CINTA lelaki,
di mana ALLAH untuk menjaga kita,
ALLAH seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih
banyak mengecewakan kita...

jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan
CINTA seorang lelaki,
bermakna ALLAH mahu mengambil kita kembali untuk dijagaNya...

Mengapa masih ragu-ragu,
Kekuatan usah ditunggu,
tapi harus dicari..
Hargailah atas kesempatan yang ALLAH berikan...

‘Selamatkanlah dirimu daripada CINTA pembawa bencana,
Aku tidak memilihnya selagi akal masih di kepala,
mengharap ketenangan hidup...
kerana;
permulaan CINTA adalah ketenangan,
pertengahannya derita,
dan kesudahannya jiwa melayang.

Dipetik daripada ‘SYAIR IBNU FARID’
[cinta terlarang]




Ilham dari buku sekolahku..senyum sokmo.^__^..


HUBUNGAN CINTA ANTARA ALLAH DAN HAMBANYA


Bismilallahirrahmanirrahim... 

Assalamualaikum wbt...

          Topik pada kali ini saya ingin menyentuh tentang “Cinta”. Hampir setiap hari saya mendengar tentang cinta. Ya, betul cinta itu fitrah manusia, tiada siapa dapat menghalangnya. Tetapi  apakah kita rasa kita sudah cukup menguasai rasa Cinta yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. SubhanaAllah, rasa cinta Allah  SWT dan Nabi Muhammad SAW terhadap kita, tak dapat kita ucapkan dan tak dapat kita gambarkan. Cintanya Allah terhadap hambaNya tidak terkata, Nabi Muhammad mencintai kita seperti seorang bapa kepada kita. Tapi adakah kita mencintai Allah dan Nabi sepertimana Allah dan Nabi mencintai kita? Belum tentukan, tetapi kecintaan seseorang hamba itu hanya Allah yang tahu. Jadi di sini saya ingin mengajak sahabat-sahabat saya menghayati  “hubungan cinta antara Allah dan hambanya”.
             
           Allah mencintai para kekasihNya dan bagi hamba pula wajib mencintai  Allah kerana kesempurnaan keagungan dan keindahan asma’-asma’ Allah dan sifat-sifatNya serta perbuatan-perbuatanNya.

Cinta adalah asas kehidupan dan makanan asas bagi jiwa :

  •       Dengan  cinta , maka seekor unta akan berlaku lemah-lembut terhadap orang-orang di sekelilingnya.
  •      Dengan cinta, maka seorang anak kecil boleh menyusu kepada ibunya.
  •          Dengan cinta, maka seekor keldai boleh membuat kandangnya
  •    Dengan cinta, maka wajah-wajah yang muram akan berseri kembali, mulut yang mencemet akan tersenyum, mata yang garang akan menjadi lembut, kesusahan akan menjadi kegembiraan.
  •      Dengan cinta, maka masyarakat mudah untuk  dipersatukan dan didamaikan. Cinta adalah hakim bagi kehidupan dunia.
  •          Dengan cinta, maka tengkorak-tengkorak para mujahid akan berjatuhan di atas bumi.
  •     Dengan cinta, maka mereka redha untuk mengakhiri hidupnya di hujung pedang orang-orang kafir.
  •       Dengan cinta, maka seseorang redha untuk bangun pada sepertiga malam yang terakhir demi beribadah kepada Tuhannya.
  •       Dengan cinta, maka para dermawan redha untuk menyedekahkan harta mereka demi perjuangan di jalan Allah.

              Dengan cinta, maka ketika Haram bin Malhan terbunuh di medan perang, dia berteriak: “Demi Tuhannya Ka’bah saya telah beruntung.”

              Dengan cinta, Umair bin Hamam berdo’a ingin segera masuk ke dalam syurga, dengan berkata: “Sesungguhnya hidup ini terasa panjang apabila saya masih hidup sampai aku memakan kurma-kurma ini.”

              Dengan cinta, pula Abdullah bin Umar Al-Anshari berteriak: “Ya Allah, ambillah darahku ini pada hari ini sehingga Engkau redha kepadaku.”

              Ketika Allah mencintai  Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam, api menjadi dingin dan menyelamatkannya.

              Ketika Allah mencintai Nabi Musa ‘Alaihissalam, maka air laut terbelah.

               Ketika Allah mencintai Rasul terakhirnya, maka Allah menjadikan sebatang pokok kurma mengangis kerana rindu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, dan Allah menjadikan bulan terbelah di tangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

              Sesungguhnya orang yang mencintai Allah, maka dia akan menganggap bahawa seksa Allah terasa tawar dan mati syahid di jalan Allah adalah matlamatnya.
Seorang penyair berkata: 

Saya mencintaimu, dan janganlah engkau bertanya kenapa?
Kerana aku mencintaimu secara murni fikiran dan hatiku.

           Ketika cinta telah berakhir, maka segala-galanya akan nampak buruk sehingga segala prasangka buruk dan keragu-raguan serta muka yang masam akan kelihatan pada muka setiap orang.

          Ketika cinta telah berakhir, maka seorang murid tidak akan mampu memahami perkataan gurunya yang menggunakan bahasa Arab yang fasih, dan seorang wanita tidak akan taat kepada suaminya walaupun suaminya hanya meminta secawan air. Apabila cinta telah berakhir, maka seorang ayah tidak akan menyayangi anaknya. Apabila cinta telah berakhir,maka lebah akan meninggalkan bunga, burung akan meninggalkan taman-taman dan burung merpati akan meninggalkan padang.

          Ketika cinta telah berakhir, maka perang akan berkobar, benteng-benteng pertahanan akan dirempuh, nyawa dan harta akan melayang. Pada hari berakhirnya cinta,dunia akan menjadi tempat yang tandus, dalil-dalil kebenaran akan menjadi dongeng belaka dan kata-kata pepatah akan kehilangan maknanya. Tiada kehidupan kecuali dengan adanya cinta, dan tiada keabadian kecuali dengan adanya cinta. Apabila engkau jatuh cinta, maka engkau:

Ø  Akan dapat mencium wanginya bunga.
Ø  Merasa halusnya sutera.
Ø  Merasakan manisnya madu.
Ø  Mendapatkan ni’mat kesihatan.
Ø  Mendapatkan kemuliaan ilmu yang bermanfaat.
Ø  Akan mengetahui rahsia-rahsia banyak perkara.

Namun apabila engkau telah benci, maka:

Ø  Segala perkataan yang diucapkan oleh orang kepadamu akan terasa bagaikan pisau yang menyayat hati.
Ø  Segala tindakan orang akan kamu curigai.
Ø  Segala kebaikan orang lain akan kamu anggap sebagai keburukan.

         Bacalah contoh-contoh yang nyata dari rasa cinta para sahabat pada Tuhan mereka Yang Maha Suci dan Maha Tinggi dan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sehingga mereka menjadikan mati syahid fisabilillah adalah merupakan harapan mereka yang paling tinggi dan cita-cita mereka yang selalu mereka dambakan.

        Lihatlah cerita mengenai seorang sahabat yang kerap membaca surah Al-Ikhlas pada setiap raka’at kerana rasa cintanya kepada surah tersebut yang di dalamnya mengenai penjelasan tentang sifat Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kerana rasa cinta tersebut, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Khabarkanlah kepadanya (sahabat yang sering membaca surah  Al-Ikhlas tadi) bahawa Allah mencintainya)”. Hadis shahih, telah dijelaskan.

Allah Ta’ala mencintai para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana dalam firmanNya:

“Jika kalian benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”  (Ali-‘Imran: 31)

        Sesiapa yang mencintai Allah dan RasulNya serta mencintai para sahabat Rasulullah Saw, maka dia hendaklah selalu melaksanakan dan mengikuti apa-apa yang dikerjakan oleh mereka. Marilah kita renungi firman Allah SWT ini:

“...Allah mencintai mereka dan mereka juga mencintai Allah...” (Al-Ma’idah: 54)

        Tidaklah menghairankan dalam perkataan “mereka mencintai Allah” kerana Allah telah berbuat baik kepada mereka. Dan orang yang berbuat baik kepada diri kita, maka akan membuat kita mencintainya.  Akan tetapi apa yang menghairankan adalah perkataan “Allah mencintai kamu.” Bukankah Allah yang menciptakan dan memberikan rezeki serta memberikan petunjuk dan memudahkan mereka untuk mengerjakan amal shalih? Tetapi kenapa setelah mereka taat, maka Allah harus mencintai mereka?! Betapa besarnya anugerah Allah kepada hambaNya dan betapa baiknya Allah kepada mereka. Ya Allah, jadikanlah kami termasuk di antara orang-orang yang Engkau cintai dan mereka mencintaiMu.

Di antara cara-cara yang dapat membuat seseorang mencintai Allah, iaitu:
ü  Sentiasa berzikir kepadaNya dalam setiap masa dan setiap tempat.
ü  Sentiasa membaca Al-Qur’an dan merenungi isinya.
ü  Sering berkumpul dengan orang-orang shalih.
ü  Memperbanyakkan do’a.
ü  Memperbanyakkan tawakkal.
ü  Mencintai Rasulullah Saw.
ü  Mempelajari sunnah Rasulullah Saw.
ü  Mengamalkan sunnah Rasulullah Saw.
ü  Berdakwah
ü  Melakukan amar ma’ruf nahi munkar.
ü  Berjihad fisabilillah.
ü  Redha terhadap taqdirNya dan hukumNya.
ü  Mendahulukan rasa cinta kepada Allah melebihi rasa cintanya kepada diri sendiri, keluarga, kekasih, anak, harta dan tempat tinggal.

Cara-cara lain menumbuhkan rasa cintanya kepada Allah, iaitu:
v  Rajin melakukan solat.
v  Rajin bersedekah.
v  Rajin berpuasa.
v  Mensyukuri ni’matNya.
v  Bersabar atas segala musibah yang menimpa.
v  Berprasangka baik kepada Allah.
v  Melaksanakan haji.
v  Mencintai para kekasih Allah dan membenci para musuh Allah.
v  Rindu kepada syurgaNya.
v  Rindu untuk berjumpa Allah.
v  Takut kepada nerakaNya.
v  Menghindari dari azabNya.

Allah SWT berfirman:

“Maka segeralah kembali kepada(mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu.” (Adz-Dzariyat: 50)

SubhanaAllah lihatlah betapa cintanya Allah  terhadap hamba-hamba yang mencintaiNya, Allahu Akbar, tak mahukah kita merebut peluang ini. Sama-samalah kita melangkah mendekati Allah, in sha Allah ganjaran dariNya tidak terkira.^_^

Alhamdulillah, ini saja yang dapat saya sampaikan. Sama-samalah kita mencari dan menambahkan ilmu yang masih lagi kurang dalam diri kita. Segala kesilapan dan kekurangan adalah kelemahan saya, oleh itu jika terdapat sebarang kesilapan harap mohon maaf. Teguran membina amatlah dialu-alukan untuk membetulkan kesilapan pada topik akan datang, In sha Allah.

p/s: Jaga diri, jaga iman, jaga hati, dan jaga akhlak, semoga Allah SWT sentiasa bersama. Senyum Sokmo.^__^.


Sumber dan rujukan: Al-Hidayah “Keagungan ALLAH” oleh Dr. ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan & AKHLAK hiasan jiwa & peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti.

Sunday, 5 January 2014

Kitab Suci, Surat-surat cinta dari-Nya Yang Maha Kuasa..



Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit | 

Share dari group What's app.

Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan
sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.
Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap
masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...
Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar
masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.

Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?

Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?

Anda yang sihat yang membaca sms ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat ini.


Rujukan:sumber di sini

p/s: Bacalah Al-Quran dan fahami lah al-Quran semasa anda hidup. Yang membaca mendapat berkat dan yang mendengar juga mendapat berkat. Carilah keberkatan Allah di dunia ni untuk ke Akhirat..Senyum Sokmo..^_^

Saturday, 4 January 2014

Inikah yang dinamakan cinta???..




Dia ditendang
Dia ditampar
Dia disepak
Dia ditumbuk
Dia ditarik rambut 

ALLAH.

Paling haru,

Dia disimbah air ke muka.
Dia diam tidak melawan.
Dia diam tidak menangis.

Sungguh saya hanya mampu berkata,

"Kau lelaki dayus!!!!,kau ambil kesempatan pada perempuan yang lemah."

ALLAH.

Ampuni dosa saya.
Saya menghukum dari pandangan mata saya.

Saya cuba bersabar tapi hati saya terbakar saat melihat wajah polos si gadis ditumbuk, di tampar berulang kali jiwa saya menangis...

Sungguh saya hiba.

ALLAH.

Tidak sekelumitkah ada perasaan kesian saat pipi itu disakiti.

Saya tidak dapat bersabar jika melihat kaum sejenis saya disakiti.

Saya lihat sahabat saya yang turut menyaksikan peristiwa tak berperikemanusiaan itu mengalirkan air mata.

Mungkin sebak.

Saya juga sebak.

Adakah ini namanya cinta ??
Adakah ini yang di panggil asyiknya cinta....???
Adakah ini yang dikatakan cinta perlu berkorban???

Sungguh ia pengorbanan yang tidak dihargai.

ALLAH
ALLAH
ALLAH

Wahai ALLAH,
Selamatkanlah perempuan itu dari terus disakiti.
Selamatkanlah perempuan itu dari lelaki itu.

ALLAHURABBI

Saya terkesima dengan drama couple budak sekolah itu.

SUBHANALLAH..

Inikah cinta?

Layakkah dia berkorban demi cinta palsu ini?
Berbaloikah tubuhnya disakiti dikhalayak ramai?
Sanggup dia membiarkan maruahnya dicalarkan tanpa membela diri sikitpun?
Pernahkah dia terfikir jika dalam ramainya orang yang lalu lalang itu adalah ayah atau ibunya???

ALLAH,

Cinta itu indah
Cinta itu suci
Cinta itu saling jaga dan menjaga.

Dia bukan lelaki hebat jika sebelum kahwin lagi dia sudah menyentuhmu.

Bukan dikatakan macho jika dia menyepakmu didepan ramai orang.

Bukan dikatakan menjaga jika dia menarikmu dengan kasar hingga membuat kau kesakitan.

Sedarlah sahabat Hawaku yang dicintai dengan penuh kasih ...

Pertahankanlah hak kamu.
Pertahanlah maruah kamu yang juga merupakan maruah orang tuamu.

Jangan biarkan sewenang-wenangnya kamu diperlakukan seolah-olah kamu tiada maruah.

ALLAH tak suka orang bodoh sahabat.

Gunalah akal kita yang ALLAH berikan supaya kita dapat berfikir,

Mana betul , Mana salah
Mana halal , Mana haram

ALLAH.

Saya sangat sedih tapi saya amat bersyukur ALLAH memberi saya peluang melihat drama ini.

Hanya satu pesanan saya buat saudara Adam yang dikasihi,

Hargailah kaum hawa itu sewajarnya.

Letakkanlah martabat kaum hawa itu ditempat yang sewajarnya sebagaimana ALLAH SWT memuliakan mereka didalam kalamNya.

Rasulullah SAW juga amat mengasihi kaum Hawa dengan meletakkan mereka di tempat yang mulia.

Terima kasih ALLAH.

Noted:

Saya tak tahu kemana perempuan tu ikut lelaki yang bajet bagus tu, harap muka je handsome tp ALLAH. . Perangai hampeh! !saya doakan perempuan tu selamat dan diberi ilham untuk berfikir mana baik dan buruk.

Rujukan:sumber disini