Monday, 27 January 2014

Kalau sayalah jadi pemimpin...


Kalau sayalah jadi Tuan Menteri,
Saya tak tahu mana nak lari,
Sebab saya tahu Allah tanggungjawabkan saya dengan apa yang saya pimpin.

Dan apa harta rakyat yang saya diamanahkan,
Dan kebajikan rakyat yang perlu saya pertahankan,
Dan kezaliman serta penindasan yang perlu saya hapuskan,
Dan islam yang benar dan sahih yang perlu saya tegakkan,
Tuan menteri rasa tuan mahu lari ke mana?

Kalau sayalah jadi Tuan Ketua,
Boleh beruban saya hari ke hari,
Memikirkan sudah terbaikkah khidmat saya kepada rakyat.
Sudahkah rakyat terbela?
Sudahkah yang miskin diberi makan?
Yang muda diberi pendidikan,
Yang kaya dibersihkan hatinya,
Yang tua diberi cinta,
Dan yang kecil pula sentiasa dibina.

Kalau sayalah jadi Tuan Keluarga,
Saya tak tahu jawatan dan harta saya mahu ke mana.
Sebab saya mati nanti, anak-anak dan waris yang takutnya berebutan.
Kerana saya tahu bukan itu patutnya saya wariskan.
Dan saya juga risau melihat kiri kanan jalan mereka,
Tak berumah, tak berdapur, tak belajar,
Tak punya hidup seperti saya.
Adakah saya sudah buat apa yang patut saya buat?

Sebab itu saya bukan kamu Tuan Menteri, Tuan Ketua, Tuan Keluarga.
Saya tak mampu berbuat macam kamu.
Tuan-tuan memang hebat.
Kerana diberi kepercayaan untuk memimpin negara dan rakyat.
Yang mana sepatutnya tuan-tuan,
Memang amanah, memang kuat, memang mantap.
Tetapi adakah Tuan-tuan sudah membela rakyat?
Tiada lagikah rakyat miskin ditindas?
Tiada lagikah jerung-jerung dan buaya menyiksa mereka tak berdaya?
Tiada lagikah tanah peribumi dijual dan  digadai?
Tiada lagikah anak-anak muda berseronok terbiar?
Adakah Islam, Tuan-tuan jadikan sebagai dasar?

Syurga untuk tuan-tuan...
Syurga untuk tuan-tuan...

Kalaulah syurga itu yang tuan mahukan...




Ilham dari buku sekolah lamaku...senyum sokmo..^__^..

1 comment:

  1. Play Blackjack for Free in New Jersey - JTHub
    Play online 김천 출장안마 blackjack for fun at JTJ Casino NJ. Play for free blackjack 의왕 출장샵 for fun 김해 출장안마 or for real money at JTJ Casino NJ. JTG Casino has the best 군산 출장마사지 Blackjack 밀양 출장마사지

    ReplyDelete