Seindah wanita solehah..
Mesti ramai wanita-wanita kat luar sana nak kan title wanita solehah kan?, termasuk lah yang menulis ni juga. Tapi mampukah kita sebagai wanita ni nak dapatkan title wanita solehah itu?.Susah ke senang?.hmmmm
Sebenarnya kita boleh dapat title wanita solehah dengan syarat kita ikut semua kata-kata ALLAH swt, apa yang ALLAH swt suruh lakukan, kita laksanakan. Senang je, tutp aurat, jaga pergaulan, jaga kebersihan, taat pada suami dan solat dan puasa, senangkan? tapi sayangnya zaman ini wanita mengambil mudah kata2 ALLAH swt. Mereka tahu tutup aurat itu wajib, tapi mereka masih lagi tak tutup aurat, nak tahu kenapa? Sebabnya mereka tak rasakan kewujudan ALLAH swt itu, Astaghfirullah.
Saya rasa sedih dan kasihan melihat kawan2 remaja saya yang ambil mudah hal2 akhirat ini, tetapi saya kena kasihan dan sedihkan diri saya dahulu kerana saya juga belum sempurna luaran dan dalaman. Sedikit perkongsian dari saya utk kaum muslimat agar kita sama2 fikirkan semula apa tanggungjawab kita.
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Taala :
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)
Yang dimaksudkan (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "Janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan". [Lihat Abu Bakar Al Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. Selanjutnya, kalimah (kecuali yang - biasa - nampak darinya), ini bermaksud ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah.
Bersama-samalah kita doakan semoga ALLAH swt memberi hidayah kepada kita untuk terus laksanakan perintahnya, Ameen..
Jangan fikir lebih2, take it easy, In shaa ALLAH, ALLAH akan permudahkan.Senyum SOKMO..^^
No comments:
Post a Comment