Tuesday, 17 December 2013

Bersikap lembut dan tenang...

Bersikap lembut dan tenang...

Rasulullah SAW bersabda:
“ Padamu ada dua perangai yang disukai oleh Allah, iaitu lemah lembut dan sabar menunggu (berhemah).”
(Riwayat al-Termizi)

Assalamualaikum wbt...kawan2.
An nyeong ha sim ni qa?(Apa khabar semua?)..^_^. Hopefully semua sihat ye kawan2, bagi sesiapa yang tak sihat tu Alhamdulillah, itu maknanya Allah sayang kamu, Allah nak hapuskan dosa2 kecil kamu wahai kawan. So just smile and dont forget to say Alhamdulillah, Thank You Allah.^_^.

Oppsss panjang pula muqadimahnya, hehe, sebenarnya hari ini, hari selasa bertarikh 17/12/2013 waktunya 0:37 am, eh dah pagi rupanya, sy a.k.a Shaida ingin mengajak kawan2 fahami dan sama2 kita mengamalkan akhlak Nabi Muhammad SAW.

Tapi sebelum tu.....saya nak share cite sikit ye..heee

Dulu sampai sekarang  kawan2 selalu cakap saya  ‘budak lembut’,     -_-‘  hmm lembut ke? Kadang-kadang saya terfikir tang mana nampak lembutnya tu, aduss, bukanlah rasa bangga bahkan saya rasa down sangat. Yalah kan kalau semua orang cakap kita lembut, maknanya kita ni lemah, itulah yg sering saya fikirkan, Astagfirullahazim. T_T. Sampaikan saya pergi interview pun interviewer itu pun cakap “u are very soft” WHAT? I’m very soft?.#dalam fikiran cakap aishh luaran semata2, dalaman hanya Allah dan family saja yang tahu. Tetapi sebenarnya saya benar2 bersyukur pada Allah bcoz semua orang doa benda yang baik utk saya kan.Alhamdulillah..^_^.

Sejak saya baca buku panduan berakhlak mulia “ Peribadi Muslim” oleh Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi, banyak manfaat yang saya dapat. Saya rasa tak patut saya salahkan diri saya dan orang lain, sebab itu adalah kurniaan dari Allah, so jangan nak pertikaikan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Bersyukur lah sentiasa ye kawan2.^_^

Jadi berbalik kepada topik kita bersikap lembut dan tenang dalam kehidupan. Maksud bersikap lembut ini ialah sentiasa bertindak dengan lebih sederhana. Sementara bertenang pula ialah bersikap berhati-hati dan tidak gopoh. Kedua-duanya ialah sikap terpuji dan merupakan hasil secara langsung bagi kemuliaan akhlak.

Sebaliknya pula sikap kasar dan gopoh ialah hasil daripada perasaan marah dan tabiat yang perengus, atau juga sifat keterlaluan yang menyebabkan seseorang itu tidak berpeluang utk banyak berfikir.
Rasulullah SAW memuji sifat-sifat lembut dan bertenang itu, dan menyifatkan sebagai kebaikan yang sukar ditandingi. Ini jelas sekali dalam hadis-hadis berikut:

Daripada Aisyah r.a bahawa Nabi SAW bersabda: “ Hai Aisyah, sesungguhnya Allah itu lemah lembut. Ia akan memberi melalui lemah lembut apa yang tidak diberikan oleh-Nya melalui apa-apa (cara) yang selain daripadanya.”
(Riwayat empat imam  hadis)

Daripada Abu Darda r.a daripada Nabi SAW sabdanya: “sesiapa yang diberikan habuannya yg berupa lemah lembut sesungguhnya dia diberikan habuannya dalam bentuk kebajikan. Dan sesiapa yg tidak diberi habuan lemah lembut kpdnya sesungguhnya dia tidak akan diberikan habuan kebajikan kpdnya.”
(Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud dan Muslim)

“Rasulullah SAW meyifatkan lemah lembut itu sebagai perhiasan diri, dan sebaliknya sikap keras itu sebagai satu kecacatan.”

Jelas hadis-hadis diatas bahawa sikap lemah lembut itu dan rasa kasihan itu ialah sumber kebajikan dan sikap tersebut dapat memikat hati orang lain utk melaksanakan apa yg diminta utk laksanakan. Sikap tersebut boleh hindarkan drpd rasa sakit hati org lain. Betulkan?
Sebaliknya sikap kasar dan keras hati ini menjadikan seseorang itu gagal dalam usahanya kerana tiada org mahu simpati dan beri dorongan kpdnya.
 Sememntara itu pula sikap tenang pula disifatkan oleh Rasulullah SAW sbgai sifat yg mencerminkan sifat Allah. Sebaliknya pula sikap gopoh-gapah mencerminkan sifat syaitan.
Nauzubillahiminzalik, kita tak nak kan sifat syaitan itu, jauh-jauhkan lah ya Allah.
Dalam hadis ada meriwayatkan yang diriwayatkan oleh Sahl Ibn Sa’ad al Sa’idi 

Rasulullah SAW bersabda: “Sabar menunggu itu drpd Allah, sementara gopoh-gapah itu drpd syaitan.”
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Baihaqi)

Jika kita seorang muslim yang normal yang mempunyai akal fikiran yang cukup waras, Maka  dapat kita bezakan yang mana Allah suka dan yang mana syaitan suka. In shaa Allah setiap manusia yang Allah ciptakan sebaik-baik kejadian ada sifat lembutnya di dalam diri itu, maka kita jangan sia-sia kan apa yang Allah berikan dan matlamat kita. Kejarlah syurga Allah. Dunia hanyalah sementara, tempat di mana Allah ciptakan hukuman bagi Nabi Adam, adakah kita masih mengejarkan dunia. Marilah sama2 kita amalkan perkara yg remeh ini. Allah suka, Nabi suka, Saya Suka, Anda Suka????.



p/s: bagi kawan2 yg sering dipanggil ‘eh lembutnya awak’ dont wory awk dah ada satu sikap yg Allah sukai, maka guna sifat itu kearah yg baik, dan bagi sesiapa yg tdk pernah dipanggil lembut dont wory juga bcoz awk lembut dalaman yang awk saja yang tahu.kan?. jadi senyum sokmo.^_^..okaiii..


No comments:

Post a Comment