Saturday, 7 December 2013

Berbicara cara NABI (Part 1)..

Berbicara cara NABI..




Assalamulaikum...

anak itik jalan terkedek-kedek,
apa khabar adik2?.^^

Harap2 semua sihat walafiat ye in shaa ALLAH. Di sini saya nak kongsikan sedikit perkongsian dari apa yang sy baca, dan sebenarnya tanpa kita sedar banyak perkara yg kita terlepas pandang especially kehidupan kita sebagai Muslim dan umat kepada Nabi Muhammad SAW, subhanaALLAH. So sy nak kawan2 semua dpt mengambil pengajaran dan apply dlm kehidupan harian kita, walaupun sedikit yg kwn2 dpt itu lebih baik drpd xtahu apa2...ok before that, senyum dulu.^__^.. 

TUTUR KATA MULIA


Allah menyatakan di dalam al-quran yg bermaksud,
     “Dan kamu perlu merendah diri pada orang-orang beriman walaupun mereka daripada fakir miskin.”
-surah al-Hijr, ayat 88-

 Abu Zar Ghifari melaporkan, katanya,
        “Rasulullah pernah berkata kepada saya, ‘Jangan sesekali merendah-rendahkan perkara yang disukai Allah bagi melakukannya. Walaupun perkara itu hanya sekadar memaniskan muka semasa bertemu dengan sahabat.”                                                                                                         
-Direkodkan oleh Muslim-

LARANGAN MENGUMPAT

Allah menjelaskan , “Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”

-surah al-Isra’, ayat 36-

Abu hurairah melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata, “ Individu yang yakin kepada Allah dan Hari Akhirat, dia perlu bercakap yang baik-baik ataupun diam sahaja.”
-direkodkan oleh Bukhari dan Muslim-

Abu Abdul Rahman; nama sebenarnya bilal Bin Haris Muzanni melaporkan , Rasulullah pernah berkata, “orang yg mengucapkan kata-kata yang diredai Allah, dalam keadaan dia tidak sangka kata-kata itu mendapat keredaan Allah, Allah rekodkan keredaannya pada orang itu sehingga hari dia bertemu dengan Allah. Manakala orang yg mengucapkan kata-kata yang dibenci Allah, dalam keadaan dia tidak sangka kata-kata itu mendapat kemarahan Allah, Allah rekodkan kemarahannya pada orang itu sehingga hari dia bertemu dengan Allah.”

-direkodkan oleh Malik dan Tirmizi-

LARANGAN MENIPU  DAN  MENGKAJI MAKLUMAT YANG DITERIMA

Allah berkata, “Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.”
-surah al-Isra’, ayat 36-

Allah berkata lagi, “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).”
-Surah Qaf, ayat 18-





No comments:

Post a Comment