Tuesday, 3 December 2013
Saya. Awak. Aku. Kau...?
Assalamualaikum wbt...
Harini saya nak kongsi kisah hidup saya dari kecil hinggalah umur 21 tahun ni. Kisah ni berkait rapat dengan hidup saya, eh mestilah berkaitan kan,hehe~.
Saya dari kecil dah dididik oleh mak dan ayah supaya jaga percakapan, mungkin kadang2 lupa daratan hilang segala adab percakapan, tapi kat sini saya bukan nya nak cakap saya jaga adab percakapan tapi saya hanya tertanya-tanya Adakah perbezaan dari segi percakapan menyebabkan hubungan persahabatan itu lain dari yang lain?
Saya dari kecil sudah terbiasa cakap 'Saya' dan 'Awak' ataupun saya cakap loghat pahang 'Kome' dan 'aok'. Tapi apabila keluar dari Pahang cara percakapan saya akan membahasakan diri saya adalah 'Saya' dan kamu adalah 'Awak'. Sejujurnya ini adalah realiti dan bukan mengada-ngada nak buat2. Itulah saya.
Tapi tak semua orang dapat terima cara percakapan macam ni, ini yang saya perasan sejak dua tiga menjak ni. Kejanggalan mereka bercakap dengan saya, pergaulan mereka seolah2 terbatas. Saya tahu selalunya kalau kawan2 cakap 'aku' 'kau', saya tak kisah pun kalau kawan2 nak bahasa diri mereka 'aku' dan nak panggil saya 'kau', saya jenis tak kisah, tapi jangan kurang ajar sudah lah kan, kerana adab2 percakapan harus kita amalkan kan.^_^... ini sekadar luahan hati saya saja, apa yang salah saya perbaiki, sama-samalah kita mengingati antara satu sama lain ye kawan2.
p/s: Always think positive , positive and positive after this,,SenYum Sokmo..^_^..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment