Saturday, 7 December 2013

MARAH..!!!

Tidak pemarah, sabar dan berlapang dada..



Assalamualaikum...^_^

Rasulullah SAW bersabda:
“kekuatan itu tidak terletak pada kehandalan bergelut, tetapi orang yang mampu mengawal dirinya sewaktu marah.”

Marah?  Ada sesiapa yang tak pernah marah? menipulah kan,  setiap insan kat dunia ni ada hati dan perasaan, setiap manusia normal itu pasti akan ada perasaan marah, sedih, gembira dan macam2 lagi perasaan yg muncul. Tapi kat sini saya nak tekankan tentang perasaan MARAH ni.

Sejak kebelakangan ni, saya lihat ramai orang sekeliling saya suka marah2, kenapa ye?. Saya pelik, hairan, aishh dalam hati saya cakap, “kenapa kau ni nak marah tiba-tiba, agak2 lah,  bukan kau sorang je ada perasaan, kalau dengan adik beradik lain cerita, suka hatilah kau nak marah2 or tinggikan suara.” Tapi kita ni berhadapan dengan orang lain yg tiada ikatan bersaudara, saudara islam lain cite ye, at least fikir hati orang. Bak kata pepatah marah biar bertempat. Emak selalu pesan jagalah perasaan orang lain jangan biarkan mereka kecil hati atas sikap kita. Saya selalu ingat pesan emak, insan yang paling banyak mengingatkan saya tentang kehidupan. Bagi saya, kalau ikutkan nak marah, saya pun nak marah, tapi perkara pertama saya fikir adalah apa kesan yang kita dapat kalau kita marah? Adakah beri manfaat kepada kita? Apa perasaan orang yg kena marah tu? Macam2 lah yang saya fikir.

Sejujurnya, saya sering beranggapan yang orang akan sama perangai dengan saya, tapi of coz lah tak akan sama kan, bak kata pepatah, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. SubhanaAllah itulah kuasa Allah Taala.

Jadi kat sini mari kita sama2 hayati apa maksud sebenar MARAH.

MARAH ibarat percikan bunga api yang bersemadi di lipatan hati. Marah samalah seperti puntung bara api yang tersembunyi di dalam abu, dan boleh dinyalakan oleh rasa angkuh yg tersemat dalam hati setiap mereka yang angkuh.

Dalam al-Quran, Allah mencerca orang kafir kerana berlagak sombong yg lahir daripada perasaan marahyg dicetuskan secara tdk wajar. Sebaliknya Allah memuji orang Islam kerana bersikap tenang. Firman Allah Taala:

Maksudnya: Apabila Allah menjadikan orang kafir itu ada dendam kesumat jahiliah dalam hati-hati mereka, Allah menurunkan ketenanga kepada Rasul dan para Mukminin.
(surah al-Fath: 26)

Rasulullah SAW menyifatkan marah sebagai satu kelemahan peribadi pada seseorang. Seseorang yang kuat, sabda Baginda, ialah orang mampu menahan perasaannya supaya jangan marah. Abu Hurairah r.a  meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
 
Maksudnya:
        “kekuatan itu tidak terletak pada kehandalan bergelut, tetapi orang yang mampu mengawal dirinya sewaktu marah.”

Apa perasaan kita lepas kita baca maksud ‘marah’ ini, adakah kita masih lagi nak marah tak tentu hala tanpa hala tuju?, or kita nak fikir dulu sebelum marah, so fikir2kan.

 Jadi perkara yang paling Allah suka adalah marilah kita menjadi Sabariah dan Sabari..^_^ seperti mana sabda Baginda,



Rasulullah SAW bersabda:
       “ Tidak ada satu kurniaan kepada seseorang yang lebih baik dan luas daripada sabar.”
(riwayat lima imam hadis)

Jadi apa yang dapat saya simpulkan kat sini ialah tak usah lah marah-marah, nanti Allah pun marah, semua orang pun akan marah pula kat kita. Jadilah orang yang bersabar dan berlapang dada iaitu mudah memaafkan orang. Kita kena ingateveryone is not perfect’, muhasabah diri dan amalkan. In shaa Allah, amalan yang selalu kita amalkan akan jadi tabiat.



p/s: Saya minta maaf kepada semua kawan2 mungkin saya pernah marah atau tertinggi suara atau terasa hati dengan sikap saya selama ini, saya tidak sempurna, tapi cuba utk jadi lebih bak dari sebelumnya. Harap sama2 lah kita tukar imej kita. Semoga Allah Taala dan Nabi Muhammad sayang kita. Ameen. Senyum Sokmo..^__^


No comments:

Post a Comment