"jaga diri,, jaga
iman,, jaga akhlak,, moga Allah sentiasa bersama." Inilah satu-satunya
kata-kata daripada seorang kawan yang
tak pernah lupa mengingatkan saya kepada Allah, kata-kata tu adalah
kata-kata pertama yang saya dapat drpd seorang kawan yg tak pernah saya
bertentang mata, dengan kata-kata itu, saya terhenti dan berfikir sejenak. SubhanaAllah
dalam kehidupan kita memang kita kena sentiasa jaga diri kita itu yang penting
kerana dalam islam kita diwajibkan menjaga nyawa kita.
Yang kedua jaga iman kita, apa yang
dimaksudkan dengan menjaga iman kita, maksudnya kita kena jaga agama kita,
aqidah, ibadah dan sentiasa mengikut syariat Allah. Ustaz Haslin ada
mengatakan, “Ramai orang tahu solat itu wajib tapi lemah imannya. Ramai orang
tahu tutup aurat itu wajib, tapi lemah imannya. Semuanya berpunca daripada
lemah iman.” Jadi kita kena selalu tingkatkan iman kita.
Dan yang ke-3 ialah
jaga akhlak kita, kadang-kadang kita fikir kita sudah cukup baik, cukup
sempurna, tapi sebenarnya banyak kekurangan daripada kelebihan, maka kita kena
sentiasa audit diri kita, jaga akhlak kita, macam mana caranya itu sebenarnya
berlandaskan syariat Islam. Apa yang kita belajar di sekolah, ustazah dan ustaz
pesan itulah yang patut kita ambil jadikan amalan. Bukan kita ikut kepala lutut
kita saja. Saya bukan orang orang yang baik akhlaknya, tapi saya nak jadi orang
yang baik akhlaknya. Setiap hari saya akan cari apa kelemahan saya untuk
harini, dan saya akan cuba baikinya, apa yang baik dari seseorang yang saya
jumpa, saya akan cuba berubah dan itulah cara saya utk menjaga akhlak saya.
Allah adalah sebaik-baik penilai , jadi jangan kita fikirkan orang lain yang
menilai kita, niat kerana Allah taala.
Tapi satu je
sebenarnya dalam hidup ini yang saya perasan ramai manusia tidak menjaganya
iaitu akhlak dengan ibu bapa. Alhamdulillah saya mempunyai ibu dan bapa yang
mendidik saya dengan cara tersendiri yg berlandaskan islam dan saya sangat
menyayangi mereka, merekalah satu-satunya boyfriend and girlfriend saya, tidak
ada lain daripada mereka kecuali Allah dan rasul. Hari demi hari saya dapat
rasakan ibubapa adalah orang yang patut kita hormati daripada orang lain. Tapi sayangnya
sekarang apa yang saya lihat, hmmm sedih
sangat, kadang2 air mata saya pula rasa nak mengalir bila mendengar perbualan
mereka. “Ya Allah aku bertekad tidak akan bercakap dengan ibuku sedemikian, aku
sayang mereka, sebagaimana mereka menyayangi aku ketika aku kecil.” Ameen. Yang
penting ingatlah ini.
Mungkin selama ni
kita lupa ibu bapa kitalah yang memberi kita macam-macam dari kecil sehinggalah
sekarang. Apa salahnya kita bersabar dengan mereka, karenah mereka untuk
sementara waktu ini, apa yang ibu anda suruh dan hajati itulah yang terbaik buat
anda, kerana ibu bapa tahu apa yang terbaik buat anaknya. Sharelah cerita dengan
mereka, tak rugi pun. Kalau kita sedih, gembira atau kecewa kongsilah dengan
mereka, kita tak tahu sebenar mereka akan berdoa utk kita. Jangan lah sombong
dengan ibu dan bapa kita, sayangilah mereka sementara mereka masih ada. Kepada kawan2
saya dengarlah apa yg ibu dan bapa anda hajati selagi ia tidak melanggar
syariat islam, jikalau anda tak mampu, slowtalk lah dengan mereka, in shaa
Allah, Allah tahu apa yang terbaik buat kamu..^_^. Kita hidup penuh dengan
pengalaman, ambillah pengalaman itu sebagai satu ikhtibar utk kita pembaharui
ke arah yang lebih baik, carilah keberkatan hidup, bukan keberatan hidup.
p/s: dalam hidup ini
apa yang penting adalah persekitaran kita, carilah insan yang dapat mengingatkan
kita kepada Allah, in shaa Allah dengan cara itu membawa kita dan orang
sekeliling kita ke syurga Allah, Ameen..^_^. Jangan hanya memikirkan bagaimana
nak dapatkan syurga Allah, tapi kehidupan masih sama tak berubah2. Conclusion nya
sama2 lah kita mencari keberkatan Allah..senyum sokmo..^_^
No comments:
Post a Comment