Friday, 27 December 2013

Alar...Yang Pakai Tudung Labuh Pun Bukan Semuanya Baik..

                                                                 sexy vs purdah

Liberal Gurlz : “Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz : “Ok silakan……what you want to know…”

Liberal Gurlz : “Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz : “Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Liberal Gurlz : “No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz : “Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Liberal gurlz : “Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”


Ustaz : “Hai….macam perli saya aje ni….?”

Liberal Gurlz : “Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”


Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”


Ustaz : "Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Liberal Gurlz : “Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz : “Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”


Liberal Gurlz : “Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz : “Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Liberal Gurlz : “Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz : “Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”


Liberal Gurlz : “Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”


Ustaz : “Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”


Liberal Gurlz : “Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”


Ustaz : “Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Liberal Gurlz : “Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz : “Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”


Rujukan : Klik untuk sumber

p/s: Sama2 kita berubah kearah yg lebih baik, dan yg pasti apa-apa pun yang kita lakukan mestilah niat kerana Allah Taala, biarlah mulut manusia bercakap, mengata tentang kita. Kita tidak mampu nak menutupnya, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya..apa2 pun Senyum Sokmo..^_^

#Ingatlah kawan-kawan... TIDAK SIAPA YANG BOLEH MERUBAH DIRI KITA MELAINKAN DIRI KITA SENDIRI YANG MERUBAHNYA, KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN SELAGI PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA !!.
                                           “INGATLAH....
                                 DIMANA ADA KEMAHUAN,
                         DI SITULAH ADA JALAN PENYELESAIANNYA..."

Wednesday, 18 December 2013

jaga diri,, jaga iman,, jaga akhlak,, moga Allah sentiasa bersama.


"jaga diri,, jaga iman,, jaga akhlak,, moga Allah sentiasa bersama." Inilah satu-satunya kata-kata daripada seorang kawan yang  tak pernah lupa mengingatkan saya kepada Allah, kata-kata tu adalah kata-kata pertama yang saya dapat drpd seorang kawan yg tak pernah saya bertentang mata, dengan kata-kata itu, saya terhenti dan berfikir sejenak. SubhanaAllah dalam kehidupan kita memang kita kena sentiasa jaga diri kita itu yang penting kerana dalam islam kita diwajibkan menjaga nyawa kita.

 Yang kedua jaga iman kita, apa yang dimaksudkan dengan menjaga iman kita, maksudnya kita kena jaga agama kita, aqidah, ibadah dan sentiasa mengikut syariat Allah. Ustaz Haslin ada mengatakan, “Ramai orang tahu solat itu wajib tapi lemah imannya. Ramai orang tahu tutup aurat itu wajib, tapi lemah imannya. Semuanya berpunca daripada lemah iman.” Jadi kita kena selalu tingkatkan iman kita.



Dan yang ke-3 ialah jaga akhlak kita, kadang-kadang kita fikir kita sudah cukup baik, cukup sempurna, tapi sebenarnya banyak kekurangan daripada kelebihan, maka kita kena sentiasa audit diri kita, jaga akhlak kita, macam mana caranya itu sebenarnya berlandaskan syariat Islam. Apa yang kita belajar di sekolah, ustazah dan ustaz pesan itulah yang patut kita ambil jadikan amalan. Bukan kita ikut kepala lutut kita saja. Saya bukan orang orang yang baik akhlaknya, tapi saya nak jadi orang yang baik akhlaknya. Setiap hari saya akan cari apa kelemahan saya untuk harini, dan saya akan cuba baikinya, apa yang baik dari seseorang yang saya jumpa, saya akan cuba berubah dan itulah cara saya utk menjaga akhlak saya. Allah adalah sebaik-baik penilai , jadi jangan kita fikirkan orang lain yang menilai kita, niat kerana Allah taala.


Tapi satu je sebenarnya dalam hidup ini yang saya perasan ramai manusia tidak menjaganya iaitu akhlak dengan ibu bapa. Alhamdulillah saya mempunyai ibu dan bapa yang mendidik saya dengan cara tersendiri yg berlandaskan islam dan saya sangat menyayangi mereka, merekalah satu-satunya boyfriend and girlfriend saya, tidak ada lain daripada mereka kecuali Allah dan rasul. Hari demi hari saya dapat rasakan ibubapa adalah orang yang patut kita hormati daripada orang lain. Tapi sayangnya sekarang apa yang saya lihat, hmmm  sedih sangat, kadang2 air mata saya pula rasa nak mengalir bila mendengar perbualan mereka. “Ya Allah aku bertekad tidak akan bercakap dengan ibuku sedemikian, aku sayang mereka, sebagaimana mereka menyayangi aku ketika aku kecil.” Ameen. Yang penting ingatlah ini.

Mungkin selama ni kita lupa ibu bapa kitalah yang memberi kita macam-macam dari kecil sehinggalah sekarang. Apa salahnya kita bersabar dengan mereka, karenah mereka untuk sementara waktu ini, apa yang ibu anda suruh dan hajati itulah yang terbaik buat anda, kerana ibu bapa tahu apa yang terbaik buat anaknya. Sharelah cerita dengan mereka, tak rugi pun. Kalau kita sedih, gembira atau kecewa kongsilah dengan mereka, kita tak tahu sebenar mereka akan berdoa utk kita. Jangan lah sombong dengan ibu dan bapa kita, sayangilah mereka sementara mereka masih ada. Kepada kawan2 saya dengarlah apa yg ibu dan bapa anda hajati selagi ia tidak melanggar syariat islam, jikalau anda tak mampu, slowtalk lah dengan mereka, in shaa Allah, Allah tahu apa yang terbaik buat kamu..^_^. Kita hidup penuh dengan pengalaman, ambillah pengalaman itu sebagai satu ikhtibar utk kita pembaharui ke arah yang lebih baik, carilah keberkatan hidup, bukan keberatan hidup.



p/s: dalam hidup ini apa yang penting adalah persekitaran kita, carilah insan yang dapat mengingatkan kita kepada Allah, in shaa Allah dengan cara itu membawa kita dan orang sekeliling kita ke syurga Allah, Ameen..^_^. Jangan hanya memikirkan bagaimana nak dapatkan syurga Allah, tapi kehidupan masih sama tak berubah2. Conclusion nya sama2 lah kita mencari keberkatan Allah..senyum sokmo..^_^


Tuesday, 17 December 2013

Bersikap lembut dan tenang...

Bersikap lembut dan tenang...

Rasulullah SAW bersabda:
“ Padamu ada dua perangai yang disukai oleh Allah, iaitu lemah lembut dan sabar menunggu (berhemah).”
(Riwayat al-Termizi)

Assalamualaikum wbt...kawan2.
An nyeong ha sim ni qa?(Apa khabar semua?)..^_^. Hopefully semua sihat ye kawan2, bagi sesiapa yang tak sihat tu Alhamdulillah, itu maknanya Allah sayang kamu, Allah nak hapuskan dosa2 kecil kamu wahai kawan. So just smile and dont forget to say Alhamdulillah, Thank You Allah.^_^.

Oppsss panjang pula muqadimahnya, hehe, sebenarnya hari ini, hari selasa bertarikh 17/12/2013 waktunya 0:37 am, eh dah pagi rupanya, sy a.k.a Shaida ingin mengajak kawan2 fahami dan sama2 kita mengamalkan akhlak Nabi Muhammad SAW.

Tapi sebelum tu.....saya nak share cite sikit ye..heee

Dulu sampai sekarang  kawan2 selalu cakap saya  ‘budak lembut’,     -_-‘  hmm lembut ke? Kadang-kadang saya terfikir tang mana nampak lembutnya tu, aduss, bukanlah rasa bangga bahkan saya rasa down sangat. Yalah kan kalau semua orang cakap kita lembut, maknanya kita ni lemah, itulah yg sering saya fikirkan, Astagfirullahazim. T_T. Sampaikan saya pergi interview pun interviewer itu pun cakap “u are very soft” WHAT? I’m very soft?.#dalam fikiran cakap aishh luaran semata2, dalaman hanya Allah dan family saja yang tahu. Tetapi sebenarnya saya benar2 bersyukur pada Allah bcoz semua orang doa benda yang baik utk saya kan.Alhamdulillah..^_^.

Sejak saya baca buku panduan berakhlak mulia “ Peribadi Muslim” oleh Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi, banyak manfaat yang saya dapat. Saya rasa tak patut saya salahkan diri saya dan orang lain, sebab itu adalah kurniaan dari Allah, so jangan nak pertikaikan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Bersyukur lah sentiasa ye kawan2.^_^

Jadi berbalik kepada topik kita bersikap lembut dan tenang dalam kehidupan. Maksud bersikap lembut ini ialah sentiasa bertindak dengan lebih sederhana. Sementara bertenang pula ialah bersikap berhati-hati dan tidak gopoh. Kedua-duanya ialah sikap terpuji dan merupakan hasil secara langsung bagi kemuliaan akhlak.

Sebaliknya pula sikap kasar dan gopoh ialah hasil daripada perasaan marah dan tabiat yang perengus, atau juga sifat keterlaluan yang menyebabkan seseorang itu tidak berpeluang utk banyak berfikir.
Rasulullah SAW memuji sifat-sifat lembut dan bertenang itu, dan menyifatkan sebagai kebaikan yang sukar ditandingi. Ini jelas sekali dalam hadis-hadis berikut:

Daripada Aisyah r.a bahawa Nabi SAW bersabda: “ Hai Aisyah, sesungguhnya Allah itu lemah lembut. Ia akan memberi melalui lemah lembut apa yang tidak diberikan oleh-Nya melalui apa-apa (cara) yang selain daripadanya.”
(Riwayat empat imam  hadis)

Daripada Abu Darda r.a daripada Nabi SAW sabdanya: “sesiapa yang diberikan habuannya yg berupa lemah lembut sesungguhnya dia diberikan habuannya dalam bentuk kebajikan. Dan sesiapa yg tidak diberi habuan lemah lembut kpdnya sesungguhnya dia tidak akan diberikan habuan kebajikan kpdnya.”
(Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud dan Muslim)

“Rasulullah SAW meyifatkan lemah lembut itu sebagai perhiasan diri, dan sebaliknya sikap keras itu sebagai satu kecacatan.”

Jelas hadis-hadis diatas bahawa sikap lemah lembut itu dan rasa kasihan itu ialah sumber kebajikan dan sikap tersebut dapat memikat hati orang lain utk melaksanakan apa yg diminta utk laksanakan. Sikap tersebut boleh hindarkan drpd rasa sakit hati org lain. Betulkan?
Sebaliknya sikap kasar dan keras hati ini menjadikan seseorang itu gagal dalam usahanya kerana tiada org mahu simpati dan beri dorongan kpdnya.
 Sememntara itu pula sikap tenang pula disifatkan oleh Rasulullah SAW sbgai sifat yg mencerminkan sifat Allah. Sebaliknya pula sikap gopoh-gapah mencerminkan sifat syaitan.
Nauzubillahiminzalik, kita tak nak kan sifat syaitan itu, jauh-jauhkan lah ya Allah.
Dalam hadis ada meriwayatkan yang diriwayatkan oleh Sahl Ibn Sa’ad al Sa’idi 

Rasulullah SAW bersabda: “Sabar menunggu itu drpd Allah, sementara gopoh-gapah itu drpd syaitan.”
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Baihaqi)

Jika kita seorang muslim yang normal yang mempunyai akal fikiran yang cukup waras, Maka  dapat kita bezakan yang mana Allah suka dan yang mana syaitan suka. In shaa Allah setiap manusia yang Allah ciptakan sebaik-baik kejadian ada sifat lembutnya di dalam diri itu, maka kita jangan sia-sia kan apa yang Allah berikan dan matlamat kita. Kejarlah syurga Allah. Dunia hanyalah sementara, tempat di mana Allah ciptakan hukuman bagi Nabi Adam, adakah kita masih mengejarkan dunia. Marilah sama2 kita amalkan perkara yg remeh ini. Allah suka, Nabi suka, Saya Suka, Anda Suka????.



p/s: bagi kawan2 yg sering dipanggil ‘eh lembutnya awak’ dont wory awk dah ada satu sikap yg Allah sukai, maka guna sifat itu kearah yg baik, dan bagi sesiapa yg tdk pernah dipanggil lembut dont wory juga bcoz awk lembut dalaman yang awk saja yang tahu.kan?. jadi senyum sokmo.^_^..okaiii..


Saturday, 7 December 2013

MARAH..!!!

Tidak pemarah, sabar dan berlapang dada..



Assalamualaikum...^_^

Rasulullah SAW bersabda:
“kekuatan itu tidak terletak pada kehandalan bergelut, tetapi orang yang mampu mengawal dirinya sewaktu marah.”

Marah?  Ada sesiapa yang tak pernah marah? menipulah kan,  setiap insan kat dunia ni ada hati dan perasaan, setiap manusia normal itu pasti akan ada perasaan marah, sedih, gembira dan macam2 lagi perasaan yg muncul. Tapi kat sini saya nak tekankan tentang perasaan MARAH ni.

Sejak kebelakangan ni, saya lihat ramai orang sekeliling saya suka marah2, kenapa ye?. Saya pelik, hairan, aishh dalam hati saya cakap, “kenapa kau ni nak marah tiba-tiba, agak2 lah,  bukan kau sorang je ada perasaan, kalau dengan adik beradik lain cerita, suka hatilah kau nak marah2 or tinggikan suara.” Tapi kita ni berhadapan dengan orang lain yg tiada ikatan bersaudara, saudara islam lain cite ye, at least fikir hati orang. Bak kata pepatah marah biar bertempat. Emak selalu pesan jagalah perasaan orang lain jangan biarkan mereka kecil hati atas sikap kita. Saya selalu ingat pesan emak, insan yang paling banyak mengingatkan saya tentang kehidupan. Bagi saya, kalau ikutkan nak marah, saya pun nak marah, tapi perkara pertama saya fikir adalah apa kesan yang kita dapat kalau kita marah? Adakah beri manfaat kepada kita? Apa perasaan orang yg kena marah tu? Macam2 lah yang saya fikir.

Sejujurnya, saya sering beranggapan yang orang akan sama perangai dengan saya, tapi of coz lah tak akan sama kan, bak kata pepatah, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. SubhanaAllah itulah kuasa Allah Taala.

Jadi kat sini mari kita sama2 hayati apa maksud sebenar MARAH.

MARAH ibarat percikan bunga api yang bersemadi di lipatan hati. Marah samalah seperti puntung bara api yang tersembunyi di dalam abu, dan boleh dinyalakan oleh rasa angkuh yg tersemat dalam hati setiap mereka yang angkuh.

Dalam al-Quran, Allah mencerca orang kafir kerana berlagak sombong yg lahir daripada perasaan marahyg dicetuskan secara tdk wajar. Sebaliknya Allah memuji orang Islam kerana bersikap tenang. Firman Allah Taala:

Maksudnya: Apabila Allah menjadikan orang kafir itu ada dendam kesumat jahiliah dalam hati-hati mereka, Allah menurunkan ketenanga kepada Rasul dan para Mukminin.
(surah al-Fath: 26)

Rasulullah SAW menyifatkan marah sebagai satu kelemahan peribadi pada seseorang. Seseorang yang kuat, sabda Baginda, ialah orang mampu menahan perasaannya supaya jangan marah. Abu Hurairah r.a  meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
 
Maksudnya:
        “kekuatan itu tidak terletak pada kehandalan bergelut, tetapi orang yang mampu mengawal dirinya sewaktu marah.”

Apa perasaan kita lepas kita baca maksud ‘marah’ ini, adakah kita masih lagi nak marah tak tentu hala tanpa hala tuju?, or kita nak fikir dulu sebelum marah, so fikir2kan.

 Jadi perkara yang paling Allah suka adalah marilah kita menjadi Sabariah dan Sabari..^_^ seperti mana sabda Baginda,



Rasulullah SAW bersabda:
       “ Tidak ada satu kurniaan kepada seseorang yang lebih baik dan luas daripada sabar.”
(riwayat lima imam hadis)

Jadi apa yang dapat saya simpulkan kat sini ialah tak usah lah marah-marah, nanti Allah pun marah, semua orang pun akan marah pula kat kita. Jadilah orang yang bersabar dan berlapang dada iaitu mudah memaafkan orang. Kita kena ingateveryone is not perfect’, muhasabah diri dan amalkan. In shaa Allah, amalan yang selalu kita amalkan akan jadi tabiat.



p/s: Saya minta maaf kepada semua kawan2 mungkin saya pernah marah atau tertinggi suara atau terasa hati dengan sikap saya selama ini, saya tidak sempurna, tapi cuba utk jadi lebih bak dari sebelumnya. Harap sama2 lah kita tukar imej kita. Semoga Allah Taala dan Nabi Muhammad sayang kita. Ameen. Senyum Sokmo..^__^


Berbicara cara NABI (Part 1)..

Berbicara cara NABI..




Assalamulaikum...

anak itik jalan terkedek-kedek,
apa khabar adik2?.^^

Harap2 semua sihat walafiat ye in shaa ALLAH. Di sini saya nak kongsikan sedikit perkongsian dari apa yang sy baca, dan sebenarnya tanpa kita sedar banyak perkara yg kita terlepas pandang especially kehidupan kita sebagai Muslim dan umat kepada Nabi Muhammad SAW, subhanaALLAH. So sy nak kawan2 semua dpt mengambil pengajaran dan apply dlm kehidupan harian kita, walaupun sedikit yg kwn2 dpt itu lebih baik drpd xtahu apa2...ok before that, senyum dulu.^__^.. 

TUTUR KATA MULIA


Allah menyatakan di dalam al-quran yg bermaksud,
     “Dan kamu perlu merendah diri pada orang-orang beriman walaupun mereka daripada fakir miskin.”
-surah al-Hijr, ayat 88-

 Abu Zar Ghifari melaporkan, katanya,
        “Rasulullah pernah berkata kepada saya, ‘Jangan sesekali merendah-rendahkan perkara yang disukai Allah bagi melakukannya. Walaupun perkara itu hanya sekadar memaniskan muka semasa bertemu dengan sahabat.”                                                                                                         
-Direkodkan oleh Muslim-

LARANGAN MENGUMPAT

Allah menjelaskan , “Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”

-surah al-Isra’, ayat 36-

Abu hurairah melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata, “ Individu yang yakin kepada Allah dan Hari Akhirat, dia perlu bercakap yang baik-baik ataupun diam sahaja.”
-direkodkan oleh Bukhari dan Muslim-

Abu Abdul Rahman; nama sebenarnya bilal Bin Haris Muzanni melaporkan , Rasulullah pernah berkata, “orang yg mengucapkan kata-kata yang diredai Allah, dalam keadaan dia tidak sangka kata-kata itu mendapat keredaan Allah, Allah rekodkan keredaannya pada orang itu sehingga hari dia bertemu dengan Allah. Manakala orang yg mengucapkan kata-kata yang dibenci Allah, dalam keadaan dia tidak sangka kata-kata itu mendapat kemarahan Allah, Allah rekodkan kemarahannya pada orang itu sehingga hari dia bertemu dengan Allah.”

-direkodkan oleh Malik dan Tirmizi-

LARANGAN MENIPU  DAN  MENGKAJI MAKLUMAT YANG DITERIMA

Allah berkata, “Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.”
-surah al-Isra’, ayat 36-

Allah berkata lagi, “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).”
-Surah Qaf, ayat 18-





Tuesday, 3 December 2013

Saya. Awak. Aku. Kau...?




Assalamualaikum wbt... 

Harini saya nak kongsi kisah hidup saya dari kecil hinggalah umur 21 tahun ni. Kisah ni berkait rapat dengan hidup saya, eh mestilah berkaitan kan,hehe~.

Saya dari kecil dah dididik oleh mak dan ayah supaya jaga percakapan, mungkin kadang2 lupa daratan hilang segala adab percakapan, tapi kat sini saya bukan nya nak cakap saya jaga adab percakapan tapi saya hanya tertanya-tanya Adakah perbezaan dari segi percakapan menyebabkan hubungan persahabatan itu lain dari yang lain?

Saya dari kecil sudah terbiasa cakap 'Saya' dan 'Awak' ataupun saya cakap loghat pahang 'Kome' dan 'aok'. Tapi apabila keluar dari Pahang cara percakapan saya akan membahasakan diri saya adalah 'Saya' dan kamu adalah 'Awak'. Sejujurnya ini adalah realiti dan bukan mengada-ngada nak buat2. Itulah saya.

Tapi tak semua orang dapat terima cara percakapan macam ni, ini yang saya perasan sejak dua tiga menjak ni. Kejanggalan mereka bercakap dengan saya, pergaulan mereka seolah2 terbatas. Saya tahu selalunya kalau kawan2 cakap 'aku' 'kau', saya tak kisah pun kalau kawan2 nak bahasa diri mereka 'aku' dan nak panggil saya 'kau', saya jenis tak kisah, tapi jangan kurang ajar sudah lah kan, kerana adab2 percakapan harus kita amalkan kan.^_^... ini sekadar luahan hati saya saja, apa yang salah saya perbaiki, sama-samalah kita mengingati antara satu sama lain ye kawan2.






p/s: Always think positive , positive and positive after this,,SenYum Sokmo..^_^..

Monday, 2 December 2013

Kecil Hati...BerdOsa???

Assalamualaikum..


~sekadar perkongsian bersama~


“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”


I’m so confused...


Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?


Then I asked my dad what’s that mean.


Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.


Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?


Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.


Anak: *blur


Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.


Anak: Ooooooo... Ook...


Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.


Anak: *termakan cili


So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...Maknanya kita tak redha dengan Allah...Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.



P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."


copy@paste

Sahabat2 boleh save @ share sama2 kita cari saham akhirat InsyaAllah...:)

 by: seindahcintaislam.blogspot.com


Maafkan saya kawan2 andai pernah terkecil hati atas kata-kata dan teguranmu..Maafkan saya kawan2 andai pernah mengecilkan hatimu melalui perbuatan dan kata-kata saya...Ya Allah, ampunilah saya..






p/s: i will be positive and positive and positive..insyaAllah, saya akan memperbaiki diri saya ke arah yg lebih baik...terima kasih ya Allah kerana mengingatkan ku...alhamdulillah...^_^..sEnYuM SoKmO..

Sunday, 1 December 2013

ALLAH is ENOUGH For Me...Adakah istilah 'Cinta Islamik'?

"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan Allah SWT, dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya, be a truly muslimah..In shaa Allah.."


Adakah istilah ‘Cinta Islamik’?

Dulu saya juga pernah menggunakan istilah ini. Menyukai seseorang tetapi hanya sms sahaja menjadi penghubung. Tidak pernah call langsung dan tidak pula terkeluar perkataan ‘sayang’ atau yang menaikkan nafsu. Semua saya cuba kawal seboleh mungkin..

Tetapi betulkah cinta seperti itu yang saya hendakkan? Saya berfikir balik kerana walaupun sekadar sms sahaja sudah mampu menyebabkan saya sedikit lalai..


Saya tidak menafikan memang fitrah manusia itu menginginkan sesuatu untuk mendorongnya daripada orang yang berlainan jantina daripadanya. Tetapi perlulah dengan cara yang terkawal..

Kalau sudah masuk sampai fasa ingin ada perkataan ‘sayang’ daripadanya, saya sarankan dua perkara. Pertama, kahwin dan yang kedua tinggalkan sahaja. Ini kerana jika fasa ‘sayang’ itu terlalu lama berlaku sebelum kahwin, ini mungkin akan menyebabkan satu perasaan pelik datang. Bosan..

Saya tidaklah tahu hormon jenis apa yang dirembeskan keluar atau bahagian saraf yang mana akan bertindak balas apabila menerima ransangan dan menyebabkan perasaan jemu dan bosan itu berlaku.

Kerana saya budak maths.eh ada kena mengena ke..
Tetapi itulah yang berlaku kepada beberapa orang rakan saya yang bercinta..

Mungkin dalam dua tahun boleh bertahan. Tetapi kalau sudah masuk tahun keempat, ramai yang sudah mula terpisah. Jawapan mereka, “Dah tiada jodoh, nak buat macam mana.”

Nasib baik ada seorang yang berani tanpa malu menjawab, “Dah jemu sangat.”

Berbalik kepada persoalan betulkah ada istilah ‘Cinta Islamik’. Pandangan saya, ada bagi orang yang betul-betul menjaga pergaulan. Menetapi kehendak syariat. Cumanya memang fitrah manusia pula menginginkan sesuatu yang lebih daripada apa yang telah dia dapat. Dan dari situlah timbulnya merengek-rengek kepada pasangannya untuk memberikan lebih daripada sebelumnya..

Jadi, bolehkah berlaku ‘Cinta Islamik’ sebelum pernikahan jika begitu? Kemudian pandangan saya tertumpu pula ‘Cinta Islamik boleh berlaku selepas pernikahan’. Cuma ini sekadar pendapat saya dan ia masih lagi boleh dipertikaikan oleh anda jika mahu..

Jangan burukkan nama institusi jemaah..

Hal ini saya kira memang berlaku dan menyerang mana-mana institusi jemaah mahasiswa. Bercinta dalam jemaah? Satu lagi idea pelik yang cuba dimurnikan. Maaf, cinta yang dimaksudkan adalah cinta antara pasangan berlainan jenis...

Mereka katakan kepada saya, “Inilah cinta islamik. Kami bercinta kerana dakwah. Nanti sudah kahwin bolehlah meneruskan jalan perjuangan ini.”

Tetapi bila saya datang ke biliknya, dia pula sedang menelefon pasangannya. Dan akibatnya saya terpaksa menunggu sehingga tamat gayutan perbualan tersebut..

Lelaki dan wanita yang baik bukanlah yang bersembunyi di sebalik kosmetik kata murni berbau Islam seperti itu. Kalau sudah salah janganlah disembunyikan lagi..

Memang setiap manusia ada ego tersendiri. Mereka akan menyangka apa yang mereka buat adalah betul. Dan kerana itu perlunya kawan untuk menasihatkan. Tetapi kalau nasihat kawan sendiri mereka cuba sangkal, apa lagi yang boleh saya buat..

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.”
(Al-Baqarah: 42)


Alangkah seringnya..

Mentergesai kenikmatan tanpa ikatan..

Membuat detik-detik depan terasa hambar..

Belajarlah dari ahli puasa..

Ada dua kebahagiaan baginya..

Saat berbuka..

Dan saat Allah menyapa lembut memberikan pahala..

Inilah puasa panjang syahwatku..

Kekuatan pada menahan..

Dan rasa nikmat itu bakal kurasa..

Diwaktu buka yang penuh kejutan..


Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain..

Oh Tuhan, hambamu yang berdosa,

Amin.... Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu..

Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana..

Ya Allah,bantulah mereka. Kini mereka datang kepintuMu mencari redhaMu. Terimalah taubat mereka


Niat berkogsi kerana Allah..pengajaran & peringatan buat diri sendri dan semua, dan tidak berniat untuk menyinggung mana2 pihak..bersahabat kerana Allah & Mengingat-mengingati kerana Allah..
Wallahu'alam..




Seindah wanita solehah..

Mesti ramai wanita-wanita kat luar sana nak kan title wanita solehah kan?, termasuk lah yang menulis ni juga. Tapi mampukah kita sebagai wanita ni nak dapatkan title wanita solehah itu?.Susah ke senang?.hmmmm


Sebenarnya kita boleh dapat title wanita solehah dengan syarat kita ikut semua kata-kata ALLAH swt, apa yang ALLAH swt suruh lakukan, kita laksanakan. Senang je, tutp aurat, jaga pergaulan, jaga kebersihan, taat pada suami dan solat dan puasa, senangkan? tapi sayangnya zaman ini wanita mengambil mudah kata2 ALLAH swt. Mereka tahu tutup aurat itu wajib, tapi mereka masih lagi tak tutup aurat, nak tahu kenapa? Sebabnya mereka tak rasakan kewujudan ALLAH swt itu, Astaghfirullah. 


Saya rasa sedih dan kasihan melihat kawan2 remaja saya yang ambil mudah hal2 akhirat ini, tetapi saya kena kasihan dan sedihkan diri saya dahulu kerana saya juga belum sempurna luaran dan dalaman. Sedikit perkongsian dari saya utk kaum muslimat agar kita sama2 fikirkan semula apa tanggungjawab kita.





Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Taala :


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)

Yang dimaksudkan (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "Janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan". [Lihat Abu Bakar Al Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. Selanjutnya, kalimah (kecuali yang - biasa - nampak darinya), ini bermaksud ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah.


Bersama-samalah kita doakan semoga ALLAH swt memberi hidayah kepada kita untuk terus laksanakan perintahnya, Ameen..

Jangan fikir lebih2, take it easy, In shaa ALLAH, ALLAH akan permudahkan.Senyum SOKMO..^^